Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Jubah & Serban" Pakaian DAP Sekarang... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Jubah & Serban" Pakaian DAP Sekarang...





Orang Melayu diingatkan tidak mudah tertipu dengan DAP yang dilihat semakin terdesak mahu memancing undi sehingga mereka sanggup 'memakai jubah dan serban'

Menurut Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, DAP dikatakan perlu menyelindungi imej ‘kecinaan’ yang cukup sinonim dengan parti itu bagi mendapatkan sokongan tersebut.

Sehubungan itu kata beliau, keputusan gabungan pembangkang PKR untuk menggunakan logo PKR sahaja pada PRU-14 diakui memberi kelebihan kepada DAP dalam mengaburi mata orang Melayu.

“Dia macam orang yang tidak pernah solat, tetapi mahu meminta anak tok imam. Dia sanggup pakai jubah dan serban ketika datang meminang.

“Kita harap pengundi tidak tertipu’,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan antara Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat yang akan bersara wajib mulai lusa dengan penggantinya, Datuk Nazran Muhammad, di sini hari ini.

Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, strategi tersebut juga secara tidak langsung membuktikan dakwaan banyak pihak bahawa PKR selama ini diperkudakan DAP adalah berasas.

“Sekarang tak nampaklah parti Cina (guna logo PKR). Bermakna PKR sudah diperkuda DAP. Yang selama ini orang mengata diperkuda DAP itu, inilah buktinya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Amar memberitahu, tawaran meningkatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM2,500 jika beliau menjadi Perdana Menteri sebenarnya sindiran beliau kepada Barisan Nasional (BN).

“Dulu lepas saya ceramah, terus BR1M dinaikkan. Mana tahu nanti naik lagi,” katanya. - UTUSAN ONLINE



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HxvLMd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.