Hi! Welcome Back and Stay Tune! Majikan Singapura Beri Cuti 2 Hari Kepada Pekerjanya Balik Undi PRU 14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Majikan Singapura Beri Cuti 2 Hari Kepada Pekerjanya Balik Undi PRU 14





Majikan Singapura memberi cuti khas pada 8 dan 9 Mei kepada kakitangannya dari kalangan rakyat Malaysia untuk balik mengundi pada PRU 14.

Majikan berkenaan, Ngo Hea Ong, yang menjalankan perniagaan barang kemas di Singapura berkata ia adalah satu bentuk pertolongan untuk membantu rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka.

“Kami beri cuti dan elaun penuh perjalanan kepada kakitangan kami sejak pilihan raya umum yang lalu.

“Kami percaya ini akan membolehkan mereka pulang tanpa bimbang untuk memenuhi kewajipan kepada negara mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

Ngo, yang kedai barang kemasnya terletak di dalam sebuah pusat beli-belah di Chinatown di Singapura, berkata dia bersedia menanggung kerugian selama dua hari ketika kakitangannya pulang.

“Tujuh daripada sembilan pekerja saya adalah rakyat Malaysia dan dua lagi adalah warga Singapura dan Indonesia.

“Pekerja saya kebanyakannya dari Beruas dan Gopeng di Perak manakala yang lainnya dari Kepong, Port Dickson dan Tebrau,” katanya yang berusia 40 tahun itu.

Memetik statistik tidak rasmi daripada ADUN DAP Senai Wong Shu Qi yang berkata pada bulan lalu terdapat kira-kira 300,000 rakyat Malaysia berulang-alik ke Singapura setiap hari.

Manakala kira-kira 400,000 lagi pula telah bekerja dan bermastautin di Singapura.

Sebahagian besar daripada mereka adalah penduduk Johor.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HAP6w3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.