Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN Sudah "Ukur Baju Di Badan Sendiri" - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN Sudah "Ukur Baju Di Badan Sendiri"





Sebelum melancarkan manifesto, Barisan Nasional (BN) Selangor mengambil kira pandangan pakar berkaitan termasuk pakar kewangan terlebih dahulu tentang kebolehmampuan melaksanakannya.



Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata, beliau yakin segala yang dijanjikan dalam manifesto bertemakan 'Better Selangor Yakinlah. BN Lebih Baik!' itu dapat direalisasikan, berikutan telah melalui proses perangkaan terperinci sebelum ditawarkan kepada rakyat Selangor. 



"Kita dah kira dah, boleh. Kita dah kira berapa pendapatan kerajaan negeri setahun. Daripada mana kita dapat. Kita pun masa itu ada pakar-pakar dia. Kita pun ada 'engagement' dari pakar-pakar kewangan dan perkara ini kita boleh laksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengurusan Pendidikan Pengetua & Guru Besar Selangor di Shah Alam semalam.



Noh berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kemampuan BN Selangor dalam melaksakankan janji-janji dalam manifesto yang dilancarkan Selasa lalu.



BN Selangor memperlihatkan kepada umum manifestonya yang mengandungi 5 matlamat, 10 program dan 100 inisiatif, sebagai tawaran dalam usaha merampas kembali negeri itu daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.



Antaranya, berjanji akan menjadikan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan membina 600 unit transit belia di tanah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Rawang.



Di samping itu BN Selangor bertekad memberi insentif RM 10,000 kepada graduan ijazah kelas pertama dan bantuan RM2,000 untuk pelajar memasuki universiti.



BN juga mahu memuktamadkan segera penstrukturan semula industri air yang sehingga kini belum selesai demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat Selangor.



Mengulas lanjut, Noh juga percaya janji-janji yang ditawarkan mampu menarik sokongan belia sebagai antara teras utama manifesto yang ditawarkan BN di negeri itu.



"Memang teras kita, pembaharuan yang kita dah buat kita akan wujudkan ahli-ahli belia di kawasan PBT. Sebab PBT ini ahli-ahli Majlis, sekarang kita wujudkan Ahli Majlis Belia, biar belia yang merancang dimana kawasan mereka tinggal.



"Stadium, Kompleks belia, ini semua hak belia tetapi kita lihat dah jadi pelarian dekat Malaysia. Bola jadi pelarian, belia pun jadi pelarian. Ini yang kita akan betulkan balik dasar-dasar belia ini," ujarnya lanjut.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HyEPAx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.