Hi! Welcome Back and Stay Tune! Black Shark Dilancarkan – Peranti Menyasarkan Peminat Permainan Video, Disokong Xiaomi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Black Shark Dilancarkan – Peranti Menyasarkan Peminat Permainan Video, Disokong Xiaomi

Telefon pintar Black Shark akhirnya dilancarkan secara rasminya hari ini, di mana peranti pertama mereka yang dilancarkan hari ini adalah menyasarkan golongan peminat permainan video. Pengenalan peranti ini turut dilengkapi dengan penawaran dengan aksesori alat kawalan fizikal yang ditawarkan secara berasingan.

Bagi yang tidak mengenali akan jenama Black Shark ini, ia merupakan salah satu jenama pengeluar peranti memfokuskan kepada multimedia dan permainan video – serta menerima sokongan daripada Xiaomi.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dilengkapi skrin 5.99-inci FHD+, dijana pemproses Snapdragon 845, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256 GB. Kamera utama adalah sebesar 12+20 Megapixel f/1.75+f/1.75 dan kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel f/2.2. Peranti menggunakan Android Oreo dengan pelancar MIUI. Menguasai peranti ini ialah bateri sebesar 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0.

Rekaan tubuh peranti kelihatan agak agresif dengan rekaan antena berbentuk X serta logo Black Shark yang berkelip-kelip. Lampu ini berkelip ketika sesi permainan dan apabila pengguna menerima notifikasi. Terdapat sokongan pembesar suara stereo dan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan.

Sistem penyejukan cecair disertakan bagi memastikan masalah pemanasan peranti tidak akan berlaku. Daripada contoh yang diberikan, ia dikatakan peranti ini boleh memainkan Arena of Valor selama 5 jam lamanya.

Aksesori alat kawalan khas bersambung pada bahagian atas peranti. Ia hadir dengan satu pengawal analog dan beberapa butang fizikal. Dengan menggunakan alat kawalan ini, pemain boleh melakukan kawalan lebih jitu berbanding kawalan di atas skrin. Pengawal permainan ini mempunyai bateri 150 mAh terbina yang membekalkan kuasa sehingga 30 jam.

BlackShark

Di China, Black Shark dijual pada harga RMB 2999 (~RM1,849.93) untuk versi 6GB/64Gb dan RMB 3499 (~RM 2159) untuk versi 8GB/128GB. Pengawal permainan tambahan pula boleh dibeli pada harga RMB 179 (~RM110.42). Ia tidak diketahui sama ada syarikat yang disokong oleh Xiaomi ini akan memasarkan peranti mereka ke pasaran global atau sebaliknya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qsw0jJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.