Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sah Hadi Awang Akan Dicabar Anak Saudara Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sah Hadi Awang Akan Dicabar Anak Saudara Sendiri




PRU14 | Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Kawasan Marang Miqdad Zakaria disahkan akan mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang di parlimen Marang pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, 9 Mei ini.

Miqdad Zakaria, anak saudara kepada isteri presiden PAS, diuar-uar bertanding di situ sejak dia keluar PAS dan menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).

"Kalau ikutkan memang dia nak elak (lawan Hadi) tapi sebab itu (Marang) kawasan dia dan dia memang nak ambil Parlimen Marang jadi dia akan lawan (Hadi) di Parlimen lah," kata sumber dalaman parti itu kepada portal pro pembangkang, Malaysiakini.

Bagaimanapun, mengulas lanjut berhubung langkah Abdul Hadi bertanding satu kerusi sahaja, sumber menjelaskan Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu akan memutuskan perkara itu kemudian.

"Tapi kalau Hadi tanding di Dewan Undangan Negeri (DUN), Pakatan Harapan Negeri yang akan tentukan," katanya.

Pada 11 April lalu Utusan Malaysia melaporkan Abdul Hadi memutuskan untuk bertanding hanya satu kerusi sahaja pada PRU ke-14 kali ini.

Bagaimanapun, beliau masih belum keputusan sama ada mahu bertanding di kerusi DUN atau Parlimen.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Abdul Hadi kekal menyandang kerusi Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang menewaskan calon BN.

Kerusi DUN Ru Rendang adalah kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh BN sejak pilihan raya 1982.

Bagi parlimen Marang, Abdul Hadi mula bertanding di kerusi itu sejak 1986 dan sepanjang tempoh tersebut, beliau menang lima daripada tujuh kali pilihan raya hingga 2013.

PAS dijadual mengumumkan calon mereka secara rasmi serentak di seluruh negara pada 19 April ini.

Manakala HARAPAN Terengganu akan berbuat demikian pada 26 April ini oleh Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dungun, Terengganu.




#JomBN #BersamaBN #HebatkanNegaraku #DahulukanRakyat #UndiBN #PRU14 #GE14 #BR1M #ManifestoBN #MalaysiaMemilih #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakPH #PakatanDAP

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GXSYGj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.