Hi! Welcome Back and Stay Tune! PSM Umum Calon Parlimen Sungai Buloh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PSM Umum Calon Parlimen Sungai Buloh




KOTA DAMANSARA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) memutuskan meletak calon mereka di kerusi Parlimen Sg Buloh berikutan Pakatan Harapan (PH) tidak memberi sebarang maklum balas terhadap permintaan mereka sebelum ini.



Setiausaha Agung PSM Sivarajan Arumugam menegaskan, walaupun meletak calon di kerusi yang sebelum ini dikenali sebagai Parlimen Subang, badan itu tidak mempunyai niat mahu menentang PH.



"PSM telah mengadakan perbincangan dengan PH.



"Namun tiada hasil yang (diperoleh) melalui perbincangan itu.



"Setakat ini tiada persetujuan (calon) antara PSM dan PH," jelasnya.



Semalam PSM mengumumkan calon baru untuk bertanding di kawasan parlimen P107 Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).



Sivarajan mengumumkan muka baru, Zainurizzaman Moharam sebagai calon parlimen Sungai Buloh.



Untuk rekod penyandang kerusi terbabit adalah R Sivarasa yang mewakili PKR sejak 2004 lagi.



Pada PRU13 Sivarasa mendapat majoriti sebanyak 66,268 undi mengalahkan calon MIC.



Tambahnya, penamaan calon PSM di kerusi yang lain akan diumumkan pada 19 April nanti.



Sebelum ini PSM mengumumkan akan bertanding di lima kawasan Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.



Dalam pada itu, Sivarajan melahirkan rasa kecewa apabila mendakwa PH tidak memberi kepercayaan kepada calon PSM yang sentiasa menyokong perjuangan parti pembangkang itu sejak sekian lama.



Beliau memberi contoh dua kerusi yang ditandingi calon PSM tetapi menggunakan logo PKR pada PRU13, dan menjalankan tugas mereka dengan baik sebagai wakil rakyat.



"Selama dua penggal, Dr Kumar berkhidmat di Parlimen (Sg Siput), beliau bersama PH.



"Sama juga dengan Dr Nasir apabila beliau berada di DUN, walaupun beliau dibawah logo PSM namun beliau teguh menyokong PH.



"Kenapa PH ragu-ragu sekarang?.



"Kita pun akan menyokong PH," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H0WIXw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.