Guna Melayu Untuk Hancurkan Kekuatan Melayu, Islam - Dr. Sidek Baba
Terdapat kecenderungan pihak tertentu menggunakan orang Melayu untuk menghancurkan kesatuan dan kekuatan orang Melayu di negara ini.
Profesor Kuliyyah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Sidek Baba berkata, kehancuran orang Melayu boleh mengakibatkan pelbagai natijah termasuk melemahkan agama Islam di Malaysia.
Justeru Dr. Sidek menggesa orang Melayu dan Islam yang menjadi teras di negara ini agar sedar untuk terus mempertahankan kuasa politik yang mereka ada.
"Taktik mengunakan kaum Melayu untuk merebahkan orang Melayu ibarat mengunakan beliung barhulukan kayu bagi menumbangkan sepohon pokok. Pokok tidak boleh tumbang jika hanya menggunakan beliung sahaja.
"Guna Melayu pukul Melayu, Melayu rebah. Ada kecenderungan memperalatkan Melayu dengan pihak-pihak tertentu," kata Dr. Sidik dalam Forum Survival Politik Islam Dalam Siasah yang turut dihadiri kira-kira 300 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Forum anjuran Utusan Melayu (M) Berhad itu berlangsung di Dewan Utusan di sini hari ini dengan Pengarang Kanan Unit Media Baharu Utusan, Aznan Bakar bertindak sebagai pemudah cara.
Jelas Dr. Sidek gerakan melemahkan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia didalangi oleh kumpulan agama yang aktif dalam parti politik serta kumpulan liberal dan pluralis.
"Kuasa politik Melayu dan Islam amat penting supaya generasi akan datang terus terbela. Kalau tidak ada bayangkan apa yang akan terjadi kepada orang Melayu dan umat Islam.
"Perpecahan antara umat sangat ketara. Dipenuhi dendam dan kebencian yang mendalam. Pertahankanlan kekuatan umat Melayu sebagai teras," kata Dr. Sidek.
Menurut Dr. Sidek sejarah sentiasa berulang. Orang Melayu dan umat Islam Malaysia sepatutnya mengambil iktibar kemusnahan umat Islam di Andalusia, Baghdad dan negara-negara Islam lain yang tumbang akibat kelemahan sendiri.-UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HwH873
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment