Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apapun Logo Yang Digunakan, DAP Tetap Berkuasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apapun Logo Yang Digunakan, DAP Tetap Berkuasa




Sudah menjadi 'tabiat' Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk menjaja cerita ke seluruh pelosok negara berhubung bantuan kewangan kerajaan negeri yang diketuainya kepada sekolah agama rakyat (SAR).

Dalam sebuah hantaran di Facebook rasminya semalam, Setiausaha Agung DAP itu sekali lagi mendabik dada atas peningkatan peruntukan yang disalurkan kepada SAR di Pulau Pinang sambil mengaitkan perkara itu sebagai bukti DAP bukan anti-Islam seperti mana persepsi ramai.

Mengulas perkara ini, Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahaya berkata, usaha Guan Eng tidak akan membantu mengubah persepsi selagi mana pendirian politik DAP masih berterusan cuba mencampuri urusan umat Islam seperti dalam pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Sebab itu, katanya, tidak menghairankan jika ada yang masih melihat peruntukan-peruntukan yang diberikan kerajaan DAP Pulau Pinang kepada institusi Islam adalah gimik politik untuk menarik pengundi Melayu.

Jelasnya, apatah lagi pemimpin negeri itu akan memperbesarkan peruntukan diberikan sambil menjadikannya modal politik untuk menidakkan persepsi kurang mesra umat Islam kepada parti itu.

“Sedangkan siapa boleh lupa tindak-tanduk pemimpin DAP yang sangat lantang menentang RUU 355 sedangkan RUU itu bertujuan untuk mengangkat kedudukan mahkamah syariah.

“Sebab itu, rakyat tidak boleh menilai parti ini hanya melalui peruntukan yang mereka keluarkan, sebaliknya melihat keseluruhan dasar dan pegangan mereka. Kalau nak lihat peruntukan, mana-mana parti pun boleh beri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Menurut beliau lagi, konsep Malaysian Malaysia yang menjadi pegangan parti tersebut menunjukkan bahawa ada cubaan untuk menyuntik elemen liberal dalam pemikiran masyarakat yang ternyata bertentangan dengan ajaran Islam.

“Saya berharap rakyat tidak tertipu dengan gimik politik yang dijaja mereka,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GWA5Ud

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.