Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siapa Yang Jumpa Kebenaran Akan Dibuang & Dipecat Oleh DAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siapa Yang Jumpa Kebenaran Akan Dibuang & Dipecat Oleh DAP




Pantang paling penting jika mahu menjadi pemimpin Pakatan Harapan adalah tidak boleh bercakap benar. Harus menjadikan 'fake news' sebagai 'zikir' harian mereka.

Apabila seseorang daripada mereka melanggar pantang ini, maka DAP yang menguasai Pakatan Harapan akan membuang dan memecat dari sebarang jawatan.

Bukti sudah ada di depan mata. Dr Tan Seng Giaw yang sudah 40 tahun bergelar wakil rakyat DAP akhirnya diperlakukan bagai 'anjing kurap' apabila dia telah dibuang dari senarai calon PRU14.

Dosa Tan hanya satu, iaitu memberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak tiada sebarang salah dalam skandal 1MDB. Ia adalah keputusan siasatan mikro oleh PAC, bukannya dari siasatan jalanan.

Seorang lagi yang menjadi mangsa kuku besi DAP adalah ADUN Tanjung Bunga. Dosa Teh Yee Cheu hanyalah menegur Kerajaan DAP Pulau Pinang mengenai isu alam sekitar dan banjir. Dia bercakap bagi pihak rakyat untuk mencari kebenaran, itupun diperlakukan bagai 'anjing kurap' juga oleh DAP.

Lim Guan Eng marah kepada Teh apabila dia mempertikaikan isu tanah runtuh yang membunuh 11 nyawa rakyat pada Oktober 2017.

Tan bukannya sebar fitnah, dia hanya menyebut rintihan rakyat termasuklah keluarga yang mangsa sudah meninggal dunia. Namun Guan Eng menghukum Teh dengan kejam seolah-olah Teh membuat dosa besar.

Untuk terus mencari kebenaran, maka Tan sudah umumkan untuk sertai PSM bagi menentang kebobrokkan DAP.

Selain itu, ADUN PKR Penanti Norlela Ariffin juga turut menjadi mangsa kuku besi DAP.

Dia hanya mahu mencari kebenaran terhadap isu kilang haram di kawasannya. Namun mungkin Guan Eng amat berang dengan Norlela kerana hasil aduan itu menyebabkan Exco Kerajaan Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditangkap untuk disiasat.

Norlela pun disisihkan kerajaan DAP. Menangis nangis dalam sidang DUN meminta peruntukan DAP. Namun DAP buat bodoh sahaja, kerana lawan DAP, Norlela dipulaukan begitu sahaja oleh DAP.

Bekas Adun Jawi, Tan Beng Huat, juga pernah akui sikap Kit Siang dan anaknya, Guan Eng, sebagai punca dia tinggalkan parti yang disertainya lebih 10 tahun lalu.

Beng Huat yang berkhidmat sebagai ADUN selama satu penggal mulai 2008 berkata, dia saksikan sendiri bagaimana Kit Siang cuba membina 'dinasti keluarga' dalam parti itu sehingga timbul pelbagai isu dan masalah.

Bukan saja di Pulau Pinang, malah Legasi Lim dalam DAP juga ditentang di Melaka. Pada 12 Februari 2017, empat orang pemimpin kanan DAP Melaka umum keluar parti.

Keempat-empat mereka ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Adun Duyong, Goh Leong San; Adun Bachang, Lim Jak Wong dan Adun Kesidang, Chin Choong Seong.

Mereka semua sudah muak dengan DAP kerana semakin hilang arah sebenar. Mereka sekadar menegur untuk mencari kebenaran, namun Kit Siang & Guan Eng melayan pemimpin DAP Melaka dengan cukup teruk.

Kebenaran tiada lagi dalam DAP. Yang tinggal hanyalah pengampu Guan Eng dan Kit Siang sahaja yang hidup. Percayalah, yang buta pada skandal rasuah anak Kit Siang sahaja boleh jadi calon dan hidup dalam DAP sekarang ini.

DAP bukan lagi parti demokratik tetapi sudah jadi autokratik parti. Jika tiada sifat dan kepandaian mengampu Kit Siang dan Guan Eng, maka orang itu tidak akan bertahan lama dalam DAP.

Parti yang semacam ini yang mahu membawa harapan orang Malaysia? Harapan palsu sahajalah. DAP sudah tunjuk kuku besi mereka di Penang, jangan bagi kuasa lagi pada DAP. Ayuh kita buat DAP kalah kali ini.

#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#JomBN



Tulisan :
Beruang Biru
BB865, Khamis
12 April 2018

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H2bWvi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.