Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kajian Badan Pemikir Singapura Punca DAP Berselindung Di Sebalik PKR? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kajian Badan Pemikir Singapura Punca DAP Berselindung Di Sebalik PKR?





SINGAPURA – Langkah pelik dan inovasi Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo tunggal iaitu PKR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 terus menimbulkan persoalan cepumas yang menarik.

Ini terutama DAP, apabila tiba-tiba memutuskan bersetuju ‘korban’ logo roket yang menjadi identiti mereka sekian lama adalah cukup aneh walhal ‘otai’ parti itu, Lim Kit Siang pada PRU ke-13 lalu pernah menangis secara terbuka.

Umum maklum, ketika itu DAP berdepan kemungkinan besar diharamkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) apabila mesyuarat agung tahunannya diragui susulan banyak aduan ahli dan diarahkan untuk perlu dibuat semula.

Lebih kelakar, DAP langsung tidak pernah menukar logo ciptaan Goh Hock Guan itu termasuklah semasa masih bersama PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 dan Barisan Alternatif pada dua PRU sebelumnya.

Bagaimanapun perkara itu terbongkar apabila hasil kajian oleh Institut Kajian Asia Tenggara-Institut Yusof Ishak di Singapura pada tahun lalu yang menunjukkan hanya lima peratus pengundi Melayu di Johor sedia menyokong DAP.

Baki selebihnya menurut laporan penyelidikan institut pemikir milik pemerintah republik tersebut mendedahkan majoriti masyarakat Melayu jijik melihat logo roket, malahan menyamakan imej itu dengan logo petir di Singapura.

Untuk rekod, lambang seumpama kilat berdentum itu merujuk logo Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sejak berpisah daripada Malaysia pada 1965 dan turut menggunakan akronim Petir dalam rujukan bahasa Melayu.

PAP mengasaskan DAP sebagai warisan kesinambungan ideologi Malaysian Malaysia diperjuangkan sementelahan perlembagaan Malaysia melarang keras parti luar negara membuka cawangannya untuk disertai rakyat tempatan.

Bagi orang Melayu di Johor yang turut ada ramai saudara mara di Singapura, sejarah kesan pemerintahan PAP amat dirasai sehingga mengakibatkan kaum tersebut bertekad memastikan usaha DAP cuba berkuasa tidak akan berlaku.

Mengulas isu itu Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad berkata, terdapat beberapa kemungkinan menyebabkan DAP terpaksa juga mengambil keputusan lucu yang drastik tersebut.

Kemungkinan pertama, adalah sebagai perangkap untuk kaburi pandangan pengundi Melayu yang sebahagiannya ‘fobia’ dengan logo roket sangat sinonim dengan konsep Malaysian Malaysia yang ditolak oleh umat Islam sendiri.

“Kedua, mungkin DAP sudah lama menyedari bahawa penggunaan logo roket sebenarnya adalah amat tidak selamat untuk diri mereka sendiri melihat kepada persepsi negatif orang Melayu terhadap imej jahat lambang tersebut.

“Ketiga, ini mungkin taktik untuk membersihkan imej mereka yang selama ini didakwa konon tidak pro-Melayu,” jelas Ruhanie yang pernah menjadi ahli parlimen Parit Sulong di Johor ketika dihubungi sebuah akhbar tempatan.

Mengulas lanjut, beliau berharap supaya pengundi Melayu di seluruh negara dapat menggunakan kebijaksanaan mereka memilih parti terbaik dalam PRU ke-14 ini dan tidak terpedaya dengan penyamaran DAP berlogo PKR!

“Pastikan pilihan kita adalah yang terbaik untuk menjamin keselamatan politik dan sosioekonomi kaum Melayu dan Bumiputera selaku bangsa teras di Malaysia terus kekal terpelihara,” tegas Ruhanie. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GZmStQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.