Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chegu Bard didakwa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chegu Bard didakwa

Chegu Bard didakwa
Chegu Bard didakwa di mahkamah, hari ini.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Selepas gagal dihubungi untuk hadir ke mahkamah semalam, aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin akhirnya didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Seksyen Shah Alam, hari ini.
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berada dalam tahanan polis selepas ditahan malam tadi.

Chegu Bard, 39, mengaku tidak bersalah menerbitkan penerbitan yang menghasut berkaitan dengan Istana Selangor melalui laman Facebooknya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis Jalan Kuarza Seksyen 7, Shah Alam, jam 5 petang pada 11 Januari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Pendakwaan Negeri, Muhamad Iskandar Ahmad yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan RM10,000 atas alasan Chegu Bard sengaja mengelak daripada hadir ke mahkamah, semalam.

“Tertuduh sepatutnya hadir untuk dituduh semalam, tetapi dia tidak dapat dihubungi sehinggalah pihak kami berjaya menjejaknya malam tadi,” katanya.
Menurutnya, lokasi penahanan Chegu Bard yang jauh dari kediamannya menunjukkan dia cuba mengelak untuk didakwa.

Justeru katanya, cadangan RM10,000 sebagai wang jaminan adalah munasabah.
Sementara itu, Amar Izzat yang bertindak sebagai peguam bela Chegu Bard mengakui anak guamnya tidak bersedia untuk dituduh semalam.
“Sebelum itu, beberapa pengaturan telah dibuat untuk mendapatkan tarikh sesuai supaya tertuduh boleh hadir bersama peguamnya,” katanya.

Menurutnya, anak guamnya telah dituduh dengan empat tuduhan di bawah Akta Polis dan  Akta Perhimpunan Aman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, namun tidak pernah gagal setiap kali kes ditetapkan.
“Oleh yang demikian, tertuduh bukanlah berisiko tinggi untuk melarikan diri,” katanya.

Hakim Rihaida Rafie membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan memerintah pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Terdahulu pada prosiding itu, Datuk Salehuddin Saidin hadir sebagai peguam pemerhati untuk Istana Selangor.
Sinar


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qsOikI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.