Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagaimana Martabat Agama Islam Di Tangan BN & PH Selepas PRU14? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagaimana Martabat Agama Islam Di Tangan BN & PH Selepas PRU14?





MENURUT Jabatan Statistik Malaysia, 60.4 peratus dari keseluruhan jumlah rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Jumlah ini tidak boleh disangkalkan lagi untuk menyatakan bahawa Malaysia sebuah negara yang dikuasai oleh agama berkenaan.

Apatah lagi, agama Islam merupakan Agama Persekutuan yang termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Namun jangan risau, peruntukan Perlembagaan Persekutuan juga telah menyatakan bahawa agama-agama lain turut bebas dianuti oleh para penganutnya secara bebas dan adil.

Sebagai sebuah agama kepada majoriti rakyat serta diiktiraf selaku Agama Persekutuan, mana-mana parti politik yang mahu berkuasa sebagai Kerajaan Persekutuan haruslah selari dengan kedudukan ini.

Amat dangkal dan kidal sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak sealiran dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

Oleh sebab itu, selaku rakyat yang berdaulat, kita harus memilih mana-mana parti politik yang bukan sahaja mempunyai agenda untuk memperkasakan ekonomi rakyat, mengukuhkan keselamatan negara, malah mereka juga harus berpegang teguh terhadap Perlembagaan Persekutuan tanpa kompromi.

Dalam bahasa mudahnya, sesebuah parti politik itu harus memikirkan juga elemen Agama Islam selaku Agama Persekutuan di negara ini di dalam manifesto kempennya nanti.

Bagi menterjemahkan perkara berkenaan di dalam situasi sekarang untuk kita memilih pemerintah semasa PRU14 ini, eloklah kita merenung juga soal martabatkan Agama Persekutuan ini di kalangan parti-parti yang bertanding.

Lihat apa yang dijanjikan oleh parti pemerintah (Barisan Nasional) yang masih ingin diberi mandat sekali lagi untuk penggal berikutnya.

Di dalam Manifesto BN yang bertemakan #HebatkanNegaraku itu, 13 komponen parti ditambah dengan 7 parti rakannya, Barisan Nasional ternyata memberi janji yang amat jelas mampu meletakkan Agama Islam di kedudukannya yang selayak.


MEMPERKUKUH AGENDA BUMIPUTERA DAN MEMPERTAHAN KESYUMULAN ISLAM

“Manakala kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipelihara tanpa menjejaskan hak dan kebebasan agama-agama lain untuk terus dianuti dan dilindungi oleh Kerajaan,” janji Barisan Nasional untuk 5 tahun berikutnya.


JANJI PERTAMA

Menubuhkan Universiti Al-Quran untuk melahirkan lebih banyak graduan huffaz yang mempunyai kepakaran, bukan setakat menghafal Al-Quran tetapi lengkap dengan kepakaran dalam bidang professional yang lain.


JANJI KEDUA

Melahirkan 125,000 huffaz yang mempunyai kelayakan dalam bidang professional seperti sains, matematik dan kejuruteraan.


JANJI KETIGA

Melengkapkan sekolah-sekolah Tahfiz dengan sistem latihan kemahiran Giat MARA.


JANJI KEEMPAT

Memastikan Malaysia sebagai peneraju industri halal dunia di mana Bumiputera menjadi penggerak utama industri.


JANJI KELIMA

Menubuhkan Jawatankuasa Menyelia Keharmonian Mahkamah Syariah dan Sivil.


JANJI KEENAM

Menubuhkan Jawatankuasa untuk memperkasa Mahkamah Syariah.


JANJI KETUJUH

Memperkenalkan Perjanjian Jual dan Beli Rumah Patuh Syariah dengan meminda Jadual H dan G, Akta 118 Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan). Ini akan menambahbaik system perbankan Islam sedia ada.


JANJI KELAPAN

Meningkatkan kualiti pengurusan ibadah haji dan umrah serta kebajikan jemaah.


JANJI KESEMBILAN

Mempertingkatkan peranan masjid sebagai pusat aktiviti komuniti Islam melalui Program Transformasi Masjid. Para pentadbir dan pengurusan masjid akan diberi latihan dan al-Hafiz akan menerima kenaikan elaun.


JANJI KESEPULUH

Menambah jumlah surau yang dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat.


JANJI KESEBELAS

Mewujudkan dana khas untuk menaiktaraf pendidikan dan peraturan keselamatan sekolah agama agar memenuhi piawaian kebangsaan.


JANJI KEDUA BELAS

Meningkatkan kualiti dan kepakaran pihak berkepentingan dalam pentadbiran Islam seperti imam, guru KAFA dan takmir, guru agama, pegawai syariah, Hakim Mahkamah Syariah di Akademi Latihan Islamik Malaysia (ALIM) dan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia.


JANJI KETIGA BELAS

Menyediakan Kursus Latihan Intensif Bahasa Arab untuk membantu pemegang-pemegang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) lulus peperiksaan Imtihan Qabul, yang menjadi syarat utama kelayakan pendidikan tinggi di negara-negara Arab.


JANJI KEEMPAT BELAS

Meneruskan usaha menyokong kemerdekaan negara Palestin dan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara rasmi.


Inilah antara janji dari Manifesto BN khusus dalam memartabatkan agama Islam untuk 5 tahun berikutnya jika parti itu terus diberi mandat.



Sebaliknya, parti lawan paling kuat iaitu Pakatan Harapan (akan guna logo PKR) pula, masih gagal memberi janji yang spesifik dan mampu menguntungkan Agama Islam melalui Manifesto 100 Hari Pakatan Harapan.

Walaupun di dalam gabungan pembangkang itu mempunyai Dr Mahathir Mohamad yang pernah bergelar Negarawan Ulung, anak ulama' Johor iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Islam yang dianggap alim dalam bidang agama di dalam Parti Amanah Negara.

Ya, mereka ramai dengan pemimpin Bumiputera beragama Islam (termasuklah di dalam DAP), namun mereka kurang usaha untuk memperkasa Agama Persekutuan yang dianuti lebih 60% dari keseluruhan penduduk di Malaysia. - KAKI PALU




#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #ManifestoAgamaIslam 


✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HAtEHo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.