Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perjuangan Malaysian Malaysia DAP Tidak Pernah Terhenti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perjuangan Malaysian Malaysia DAP Tidak Pernah Terhenti





Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan DAP sanggup berkorban menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) namun perjuangan untuk melaksanakan konsep 'Malaysian Malaysia' tidak pernah terhenti.


Menurut Mahdzir, DAP sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk menarik sokongan orang Melayu khususnya di luar bandar sehingga sanggup mengorbankan penggunaan lambang roket pada PRU akan datang.


“Saya tengok DAP akan guna apa cara untuk membolehkan orang Melayu menyokong gagasan DAP. DAP berjaya memperdaya pemimpin Melayu bermula daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Lepas itu, DAP cuba bawa ramai pemimpin termasuk daripada Pas, PKR untuk serta mereka dan terbaru, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


“Tun M menjadi sebahagian kumpulan yang menyokong DAP dalam gagasan membina negara yang memperjuangkan Malaysian Malaysia,” katanya selepas Majlis Perasmian Dewan Sri Merbau Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Merbau di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persetujuan gabungan pembangkang PKR khususnya DAP untuk menggunakan satu logo tunggal pada PRU-14.


Ditanya sejauh mana keikhlasan DAP menggunakan satu logo, Mahdzir memberitahu, sudah 50 tahun parti itu memperjuangkan gagasan Malaysian Malaysia bagi meminda Pelembagaan sekali gus menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.


“Saya berani kata DAP kekal dengan konsep Malaysian Malaysia (walaupun tidak menggunakan logo roket). Tun M, Anwar, (Datin Seri) Wan Azizah Wan Ismail atau Mat Sabu (Mohamad Sabu) yang bersama kumpulan itu (gabungan pembangkang PKR) sebenarnya menyokong gagasan Malaysian Malaysia,” ujarnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2H1NcTZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.