Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perlis Larang Calon PRU14 Jadi Imam Solat, Walaupun Di Pagar Masjid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perlis Larang Calon PRU14 Jadi Imam Solat, Walaupun Di Pagar Masjid




Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) mengingatkan masjid-masjid di seluruh negeri itu supaya tidak membenarkan rumah ibadat orang Islam itu digunakan untuk tujuan kempen pilihan raya.

Larangan itu termasuk mempamerkan bahan kempen di masjid dan mengimamkan makmum, kecuali dalam keadaan masbuk, bagi calon bertanding.

“Calon-calon yang bertanding atau wakil/ejen calon yang bertanding adalah dilarang menjadi imam kepada mana-mana solat fardhu, solat jenazah atau solat sunat; kecuali solat fardhu dan solat jenazah dalam keadaan masbuk (terlewat) sama ada di pagar masjid, di kawasan masjid mahupun di dalam masjid,” menurut surat makluman.

Surat bertarikh 9 April itu ditandatangani oleh Pengarah Jaips Dr Hazman Hassan dan dikongsi di Facebook mufti negeri Datuk Dr Asri Zainul Abidin pada Jumaat.

Sementara itu, larangan juga termasuk menyampaikan khutbah, ceramah, tazkirah, kuliah, taklimat, penerangan dan ucapan di kawasan disebutkan tadi.

Mereka juga dilarang mengetuai acara agama seperti bacaan doa, zikir dan selawat.

“Masjid-masjid di seluruh negeri Perlis hendaklah kekal sebagai tempat ibadah dan tempat perpaduan ummah yang mengatasi unsur politik kepartian dam agenda pilihan raya,” kata Hazman dalam surat itu.

Katanya, surat itu dikeluarkan sebagai menjunjung titah perintah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HAVkMD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.