Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bottas Percaya Boleh Atasi Hamilton - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bottas Percaya Boleh Atasi Hamilton

VALTTERI Bottas dan Lewis Hamilton. -Foto Daily Express

LONDON: Pemandu baharu Mercedes, Valtteri Bottas enggan sekadar menjadi pemandu sokongan kepada rakan sepasukan Lewis Hamilton musim ini dan percaya dia mampu mengulangi kejayaan pemandu sebelumnya, Nico Rosberg dan menewaskan pemandu Britain itu.

“Saya rasa ia boleh dilakukan,” kata pemandu 27 tahun dari Finland itu. “Nico membuktikan yang Lewis boleh ditewaskan.”

“Saya di sini bukan untuk berada di tempat kedua atau lebih teruk. Ia adalah satu cabaran, dan berdepan Lewis tentunya akan menjadi cabaran, tetapi bagi saya ia adalah peluang besar.”

Bottas menyertai Mercedes bulan lalu bagi menggantikan Rosberg yang mengumumkan persaraan Disember lalu, hanya beberapa hari selepas dia menjulang kejuaraan dunia pertamanya di Abu Dhabi.

Pemandu Jerman itu mencuba bertahun-tahun untuk mengatasi Hamilton, juara dunia tiga kali yang menyertai Mercedes dari McLaren pada tahun 2013, dalam perlumbaan Formula Satu selepas kedua-duanya pernah bersaing dalam arena go-kart sebagai rakan sepasukan ketika zaman remaja.

Hamilton memenangi lebih banyak perlumbaan – 10 keseluruhan – sepanjang tahun 2016 berbanding Rosberg – tetapi terlepas kejuaraan keempatnya akibat masalah teknikal di Malaysia ketika mendahului perlumbaan.

Bottas belum pernah memenangi perlumbaan sepanjang empat musim bersama Williams, yang turut menggunakan enjin Mercedes.

Musim baru Formula Satu yang menampilkan 20 perlumbaan akan bermula di Australia pada 26 Mac ini. – Reuters





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


v>v>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.