BlackBerry “Mercury” Dilancarkan Dibawah Nama KeyOne – Dilengkapi Papan Kekunci Fizikal
Sebelum ini, beberapa kali pihak BlackBerry telah memperlihatkan peranti terbaru mereka, Blackberry “Mercury”. Kini, akhirnya peranti berkenaan dilancarkan secara rasminya kepada umum, dan nama akhir ia adakah BlackBerry KeyOne.
BlackBerry KeyOne merupakan peranti terakhir yang direkabentuk oleh BlackBerry secara keseluruhan. Ia akan dikeluarkan dan dipasarkan oleh pihak TCL – seperti yang telah dilesenkan oleh BlackBerry sebelum ini, dan peranti selepas ini dijangka akan direkabentuk oleh TCL sepenuhnya.
Dari segi spesifikasi, BlackBerry KeyOne hadir menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 625, memori 3GB RAM, dan menggunakan skrin bersaiz 4.5-inci. Melengkapkan peranti ini adalah sokongan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.
Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini juga adalah papan kekunci fizikal untuk memudahkan proses menaip. Seperti beberapa peranti berjenama BlackBerry sebelum ini, ia KeyOne turut dijana menggunakan sistem operasi Android, dimana ia menggunakan Android 7.1 Nougat.
Ia menggunakan antaramuka asas Android, tetapi menyertakan beberapa aplikasi tambahan seperti BlackBerry Hub, BlackBerry Messenger dan sebagainya. Seperti biasa, pihak BlackBerry turut menekankan kepada fungsi sekuriti melalui peranti baru mereka ini.
BlackBerry KeyOne ini dijangka akan dijual bermula sekitar April, dan harga jualannya adalah sekitar $549 (~RM2437).
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mpJIkg✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment