Chelsea kukuh cengkaman persada liga
PENYERANG Chelsea, Diego Costa (kanan) merembat ke gawang Swansea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, London. – Foto AFP
LONDON: Chelsea terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Swansea City 3-1 di Stamford Bridge, sebentar tadi.
Ia adalah kemenangan ke-20 skuad kendalian Antonio Conte daripada 26 aksi liga musim ini.
Malah, keputusan itu juga menyaksikan Chelsea mengumpul 63 mata, 11 mata di depan pencabar utama Manchester City.
Chelsea berada di depan pada minit ke-19 menerusi jaringan Cesc Fabregas yang menyudahkan hantaran Pedro Rodriguez.
Pemain Sepanyol itu hampir mencipta gol peribadi kedua tujuh minit kemudian, tapi percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol Swansea, Lukasz Fabianski.
Sebaliknya, Fernando Llorente berjaya menyamakan kedudukan pada masa tambahan babak pertama selepas menanduk masuk bola sepakan percuma Gylfi Sigurdsson.
Bersambung babak kedua, Chelsea terus mendominasi permainan dan Fabregas sekali lagi hampir meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-50, namun kali ini palang gol pula menjadi penghalang.
Pedro bagaimanapun menebus kekecewaan Fabregas selepas rembatan cantiknya pada minit ke-71 menewaskan Fabianski buat kali kedua.
Tujuh minit sebelum masa sebenar tamat, gawang Swansea bocor lagi, kali ini menerusi Diego Costa yang bijak menyudahkan hantaran Eden Hazard. – AGENSI
Keputusan lain:
Crystal Palace 1 Middlesbrough 0
Everton 2 Sunderland 0
Hull City 1 Burnley 1
West Bromwich Albion 2 AFC Bournemouth 1
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lVkEnY✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment