Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ha-Na juara golf Terbuka Australia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ha-Na juara golf Terbuka Australia

JANG Ha-Na menjunjung trofi kejuaraan golf Terbuka Australia LPGA/ALPG. – Foto AFP

ADELAIDE: Pemain golf Korea Selatan, Jang Ha-Na meraih kelebihan tiga pukulan untuk merangkul kejuaraan golf Terbuka Australia LPGA/ALPG di Royal Adelaide di sini, selepas membenam eagle dan birdie pada pusingan terakhir.

Pemain nombor enam dunia itu meraih kejuaraan keempatnya selepas menamatkan pusingan akhir dengan catatan cemerlang.

Pemain berusia 24 tahun itu menyempurnakan pukulan jarak jauh dengan eagle pada lubang ke-17 sebelum membenam birdie pada lubang ke-18 untuk mencatat 10 di bawah par 282.

Dia mencatat empat di bawah par yang menyamai catatan terendah pada pusingan itu namun dia berjaya melakukannya dalam cuaca agak berangin.

Jang mencatat tujuh di bawah par 285 untuk menewaskan pemain Denmark, Nanna Madsen bersama empat lagi pemain lain termasuk pemain nombor dua dunia daripada Thailand, Ariya Jutanugarn yang terikat di kedudukan ketiga dengan enam di bawah par 286.

“Penamat yang baik dan persembahan yang begitu bagus,” kata Jang.

“Saya begitu gementar ketika di atas tee pada lubang pertama kerana saya mahu melakukan birdie di setiap lubang untuk menjadi lebih agresif.

“Ia menjadi lebih sukar selepas lubang pertama kerana selepas itu saya hanya mampu membenam par sehinggalah saya bercakap kepada caddie yang saya perlu sentiasa bersabar pada setiap lubang

“Saya meraih keputusan yang baik selepas lubang ke-12 dan membenam birdie pada lubang ke-13 dan 14 sebelum meraih eagle pada lubang ke-17.”

Pemain Korea Selatan itu merakam keputusan cemerlang pada sembilan lubang terakhir dengan lima di bawah par 31 selepas mengumpul birdie pada lubang ke-13, 14 dan 18 selain eagle pada lubang ke-17.

Pendahulu sebelum ini, Lizette Salas yang mendahului dengan tiga pukulan gagal meneruskan rentak cemerlang apabila mencatat lima di bawah par 78 dan menamatkan saingan di tangga ketujuh.

Pemain nombor satu dunia, Lydia Ko pula tidak menyerlah pada saingan ini dan menamatkan saingan di tangga ke-46. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l9j40t

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.