Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerja pembinaan venue Sukan SEA 2017 ikut jadual - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerja pembinaan venue Sukan SEA 2017 ikut jadual


khairie@bh.com.my

DATUK Seri Zolkples Embong (kiri) bersama delegasi Che De Mission Sukan 2017 melawat sekitar site tempat acara Sukan SEA berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil.- Foto Owee Ah Chun

BUKIT JALIL: Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Kuala Lumpur 2017, Datuk Seri Zolkples Embong mengesahkan tiada isu kelewatan kerja pembinaan serta naik taraf venue Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Sebaliknya, beliau mengesahkan semua projek dan kerja menaik taraf venue berkenaan berjalan mengikut perancangan dan jadual ditetapkan sebelum ini.

“Antara venue yang dijangka paling awal siap ialah Velodrom Nilai dan trek berbasikal BMX, gelanggang petanque (Pudu Ulu, Cheras) dan Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) di Jalan Hang Tuah.

“Kerja-kerja di semua venue berkenaan akan siap dalam 80 hingga 90 peratus bulan depan. Malah kita memantau dan menilai perkembangannya setiap minggu,” katanya pada sidang media selepas taklimat Delegasi Ketua Kontinjen Sukan SEA di Auditorium 1 Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zolkples berkata pihaknya turut merancang untuk mengadakan pra-kejohanan, namun tidak membabitkan semua lokasi.

“Kita merancang mengadakan pra-kejohanan, bukan saja hendak menguji venue, tetapi juga sudut teknikal, sistem keputusan pertandingan dan sistem kiraan masa.

“Namun bagi sesetengah sukan, mungkin pra-kejohanan tidak boleh menggunakan venue sebenar,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Lokman Hakim Ali, menegaskan tindakan memantau kerja pembinaan dan naik taraf setiap venue itu setiap minggu bertujuan bagi memastikan ia berjalan lancar.

Temasya dwitahunan itu akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos depan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lWSeuk

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.