Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Jika Budak Baru Tak Salam, Saya Salam Dulu’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Jika Budak Baru Tak Salam, Saya Salam Dulu’

Spread the love

JIKA sebelum ini kebanyakan senior dalam bidang industri hiburan meluahkan perasaan mengenai perilaku sesetengah pendatang baharu yang dikatakan tidak menghormati senior, namun Amy Mastura pula mengambil langkah berlainan apabila melibatkan isu seperti itu.

Menurut penyanyi berusia 45 tahun itu dia lebih menyukai prinsip mengelak daripada terlibat dalam pergaduhan sesama artis.

Memetik mStar, Amy berkata, “Saya tidak meletakkan diri saya sebagai seorang senior di kalangan artis baharu, jika mereka tidak bersalam dengan saya di lokasi, saya akan bersalam dengan mereka dahulu.”

“Saya rasa itu bukan perkara besar kerana mungkin mereka terlepas pandang dan tidak perasan kita di situ. Saya juga kadang-kala melalui perkara yang sama jika saya terlalu asyik berbual,” katanya.

Sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, Amy boleh dikira sebagai artis yang paling bersih imejnya, tak pernah sebarang gosip liar yang menimpa perjalanan kerjayanya.

Menurut ibu kepada dua anak perempuan yang semakin meningkat dewasa itu, perkara itu merupakan satu ramuan untuk namanya terus bertahan sejak dua dekad lalu.

“Saya tidak pernah bergaduh dengan artis dan kalau boleh saya cuba elakkan daripada terlibat dengan pergaduhan sejak daripad dulu lagi.

“Kalau kita tidak suka sesuatu keadaan, kita tarik diri dan jangan panaskan perkara itu. Saya akui tidak boleh mengawal situasi seperti itu,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mbDkfw

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.