Hi! Welcome Back and Stay Tune! Presiden FAM: Annuar terbuka untuk adakan rundingan dengan TMJ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Presiden FAM: Annuar terbuka untuk adakan rundingan dengan TMJ

KUALA LUMPUR: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa bersedia berunding dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi membincangkan isu pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurutnya pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu akan membolehkan pemilihan jawatan itu yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara beliau dan Tunku Ismail dibuat dalam suasana harmoni demi kebaikan bola sepak negara.

Ditanya kemungkinan beliau menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut, Annuar berkata :”Masih ada masa sebelum tarikh pemilihan sebenar tiba.

BACA: Presiden FAM: TMJ vs Annuar Musa

BACA: Peminat, amanah ayahanda, punca TMJ tanding jawatan Presiden FAM

BACA: Presiden FAM: ‘Kami pilih TMJ’ – Netizen

“Semua pihak harus menghormati pemilihan ini. Ia tidak perlu dipolitikkan, kita kena duduk dan bincang bersama. Kita ada 39 anggota gabungan yang akan membuat keputusan nanti,” katanya di sini, hari ini.

Annuar berkata semua wakil gabungan itu berpengalaman luas dalam bola sepak dan semestinya sudah membuat keputusan siapa yang akan dipilih nanti.

Pemilihan FAM akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lyQVkB

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.