Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mualaf Tawar Teksi Tambang 10sen Ke Hospital - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mualaf Tawar Teksi Tambang 10sen Ke Hospital

Spread the love

SIAPA sangka, dalam situasi peningkatan kos sara hidup zaman kini, masih ada lagi insan yang berhati mulia sanggup berkorban demi memberikan sedikit sinar kepada golongan yang memerlukan.

Seorang mualaf, Elvan Chan Abdullah, 43, menawarkan bayaran tambang sebanyak 10 sen bagi menghantar golongan kurang berkemampuan ke hospital untuk rawatan.

Menggunakan kereta Kia Spectra miliknya yang berusia lebih 10 tahun, Elvan berkhidmat di sekitar Kajang, Bangi dan Semenyih tanpa mengira masa.

Setakat ini sudah lebih 50 pelanggan menggunakan perkhidmatan saya. Kebanyakan mereka daripada keluarga miskin dan tidak mempunyai pengangkutan sendiri,” katanya yang sudah sebulan menawarkan perkhidmatan sedemikian.

Meski hanya meletakkan harga 10 sen, namun ada penumpang yang membayar lebih kepadanya.

Biarpun mereka susah namun tetap menghulurkan tambang lebih sekadar kemampuan mereka, biarpun sudah dijelaskan hanya bayar 10 sen,” katanya memetik Harian Metro.

Mendapat sambutan hangat, Elvan berhasrat mendapatkan kenderaan lebih besar seperti van bagi meluaskan perkhidmatannya.

Elvan turut bersyukur kerana keretanya tidak pernah rosak teruk sepanjang mengambil pelanggan.

Kereta yang digunakan sekarang hanya boleh memuatkan empat penumpang. Sedih kerana kadang-kadang terpaksa menolak permintaan pelanggan.

Setakat ini saya hanya ambil tiga penumpang sehari dan yang betul-betul memerlukan,” katanya. –MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l9DdU7

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.