Hi! Welcome Back and Stay Tune! [Video] Resepi Mudah Macam Mana Untuk Kempiskan Perut, Hanya Dengan Menggunakan Rempah Dan Bahan Semula Jadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

[Video] Resepi Mudah Macam Mana Untuk Kempiskan Perut, Hanya Dengan Menggunakan Rempah Dan Bahan Semula Jadi

Bila tidak menjaga pemakanan sudah pasti akan menyebabkan perut mula membuncit, atau banyak angina. Bukan itu sahaja, buat wanita yang lepas bersalin, badan mula naik, khususnya pada bahagian perut, dan ia bukanlah sesuatu yang diingini.

Pada dasarnya, untuk mengempiskan perut kembali, bukanlah satu tugasan yang sukar, anda boleh menjaga pemakan, dan terdapat petua yang boleh diamalkan untuk membuang angin, juga mengempiskan perut anda.

Mari kita ikuti perkongsian dari saudari Nurul Diyana Kamaludin akan petua yang boleh diamalkan untuk kempiskan perut, sesuai buat lelaki juga wanita.

RESEPI KEMPISKAN PERUT (Sesuai utk wanita dan lelaki)

Alkisah, kita perempuan ni bukan mudah nak dapatkan perut yang leper bila sudah beranak pinak. Anak 1 tak rasa lagi. Bila dah masuk 3, 4 orang mulalah. Macam-macam disapu tak juga leper.

Antara sebab perut susah leper adalah banyak angin dalam badan. Macam mana nak leperkan perut? Kita buang dulu angin-angin yang tak diperlukan dalam badan tu.

Resepi ini sangat mudah, menggunakan bahan-bahan semulajadi dan rempah dari dapur sahaja. Sangat sesuai untuk :

1. Kempiskan perut
2. Buang angin dalam badan
3. Yang bersalin czer sangat digalakkan sebab anda tak bertungku untuk kempiskan perut.

Bahan-Bahan

Basuh bahan dengan bersih-bersih. Kemudian lalukan dengan air paip sambil berselawat

1. 3-4 cm halia

2. 3 sudu besar halba. Kalau nak lembut sikit rendamkan sekejap dalam air panas

3. 3 ulas bawang putih. (Saya guna 4 sebab kecil)

4. 15-21 biji lada hitam

5. Satukan semua bahan dalam pengisar kering

6. Kisar sampai lumat. Lagi lumat lebih bagus

7. Gentel bulat. Saiz ikut selesa anda nak telan. Keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Satu adunan tahan lebih kurang 2 minggu bergantung keperluan dan ketahanan badan.

8. Pengisar kering lebih cepat dan mudah tetapi agak sukar untuk dapatkan hasil yang betul-betul lumat.

9. Disarankan guna lesung untuk hasil yang betul-betul lumat. Tumbuk halba dulu sampai lumat. Kemudian lada hitam. Last sekali masukkan halia dan bawang putih. Hasilnya lebih lumat dan mudah nak gentel.

ATURAN MAKAN:
a. Ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Selepas makan. (Bergantung kepada ketahanan dan keperluan badan)
b. Diamalkan setiap hari secara berterusan untuk kempiskan perut.
PERINGATAN:
Ibu mengandung tidak di benarkan
Ibu breastfeed boleh amalkan selepas bayi bebas jaundice

Sekian, semoga bermanfaat

– Siakap Keli

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lyaCsN

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.