Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedah Menang Tanpa Tonggak Utama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedah Menang Tanpa Tonggak Utama

PENYERANG import Kelantan, Alessandro Padovani Celin cuba menguis bola melepasi penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal dalam perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Sultan Mohammad Ke IV, Kota Bharu. – Foto Fathil Asri.

KOTA BHARU: Kemenangan Kedah ke atas Kelantan 1-0 di tempat lawan menerusi sepakan penalti malam tadi, membuktikan pasukan itu mampu mencipta keajaiban walaupun tanpa beberapa tonggak utama pasukan.

Pengendalinya, Tan Cheng Hoe, berkata kemenangan itu adalah satu titik motivasi yang ditunjukkan setiap anak buahnya terutama pemain gantian daripada pemain muda.

“Tugas pemain utama yang tidak diturunkan pada malam ini (malam tadi) terpaksa digalas oleh beberapa pemain muda dan mereka menunjukkan semangat tinggi selain mengalas tugas dengan baik, sehingga mencipta kejutan kepada tuan rumah.

“Pada aksi babak kedua, banyak peluang dicipta pemain tetapi digagalkan oleh penjaga gol lawan, Khairul Fahmi Che Mat. Namun serangan tanpa henti dilakukan pemain, kita berjaya mendapatkan satu sepakan penalti, ” katanya di sini.

Dalam pada itu, Cheng Hoe turut mengakui anak buahnya gagal menemui rentak pada awal permainan berikutan dikelilingi penyokong Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV.

“Situasi pemain di awal permainan berbeza berbanding separuh masa kedua kerana pemain cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan kemenangan pasukan di tempat lawan memang menjadi hasrat dan ia penting untuk meraih tiga mata berharga,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah, Baddrol Bakhtiar berkata, ketiadaan pemain gandingannya, Liridon Krasniqi tidak melumpuhkan serangan pada perlawanan menentang Kelantan malam tadi.

“Ketiadaan Liridon sedikit sebanyak tidak mencacatkan permainan untuk memperoleh kemenangan,” katanya.

Pada aksi di Stadium Muhammad IV malam tadi, Kedah berjaya mengekalkan kedudukan di puncak Liga Super apabila mencatatkan kemenangan 1-0 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-81.  

Perlawanan malam tadi menyaksikan skuad The Red Warriors (TRW) yang baharu beraksi tiga perlawanan setakat ini, gagal meneruskan rentak kemenangan walaupun mendapat sokongan pada hampir 20,000 penyokong setia mereka.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2liFwCM

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.