Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Berbasikal Pula Kini Terjebak Budaya ‘Mat Rempit’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Berbasikal Pula Kini Terjebak Budaya ‘Mat Rempit’

Spread the love

KUALA LUMPUR – Kita semua boleh menarik nafas lega bahawa rakyat Malaysia tidak tinggal dalam apa yang dikenali dalam istilah geografi sebagai zon ‘Lingkaran Api’ yang terdedah kepada bencana alam seperti gempa bumi, siklon atau letupan gunung berapi.

Tetapi mari renung seketika dan lihat kepada statistik suram mengenai bencana buatan manusia, atau lebih khusus, jumlah pengguna yang maut di jalan raya iaitu purata 6,700 setahun dengan angkanya semakin meningkat.

Malaysia mempunyai antara nisbah pemilikan kereta yang tertinggi di dunia dan ditambah pula dengan rekod keselamatan jalan raya yang sangat buruk, walaupun pelbagai kempen keselamatan jalan raya dijalankan dan mempunyai agensi khusus iaitu Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang dianggotai oleh pakar-pakar dan membelanjakan berjuta-juta Ringgit.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak nahas jalan raya di negara ini, tragedi pada 3 pagi Sabtu di Johor Bahru adalah yang paling menyayat hati apabila sebuah kereta merempuh kira-kira 30 hingga 40 remaja berbasikal, menyebabkan lapan maut dan lapan lagi cedera.

Remaja yang maut baru berusia 13 dan 16 tahun. Cuba bayangkan mereka menunggang basikal di laluan yang gelap dan berbukit di Jalan Lingkaran Dalam yang kebetulan berdekatan tanah perkuburan Islam.

Bagi penduduk Johor Bahru atau di bandar raya dan bandar lain yang sudah biasa menyaksikan aksi pelumba mat rempit, tragedi terbaru ini hanya menunggu masa untuk berlaku dan ia telahpun berlaku.

Walaupun kita merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang, terutamanya yang ada anak kecil dan cucu, namun kita tidak dapat mengelak perasaan kita daripada tersentuh oleh satu lagi tragedi jalan raya yang berlaku di tengah-tengah masyarakat.

Kita telahpun dilanda budaya ‘Mat Rempit’ yang unik di Malaysia, melibatkan remaja menunggang motosikal dengan sangat laju diselitkan aksi ‘superman’, lazimnya selepas tengah malam dan pada hujung minggu, yang memeningkan kepala anggota polis trafik.

Polis sudah tentu telah merampas beratus-ratus motosikal selama ini dengan harapan bahawa tindakan itu akan menghalang mereka daripada meneruskan aksi maut itu tetapi gejala itu berterusan.

Sekarang kita menyaksikan pula ‘budaya’ atau gejala baharu yang jelas menjelma dalam tragedi di Johor Bahru.

Rakaman video menunjukkan remaja menunggang basikal yang diubah suai dikenali ‘basikal nyamuk’ menjadi viral di kalangan kumpulan WhatsApp sejurus selepas insiden di JB itu, dan apa yang dipaparkan itu sangat menakutkan.

Dalam video berkenaan, remaja berbasikal itu dilihat menunggang basikal di tengah-tengah jalan di bandar dalam aksi akrobatik tanpa menghiraukan keselamatan diri mereka sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Izinkan saya berkongsi satu posting dalam media sosial oleh seorang anggota polis trafik mengenai kegilaan terbaharu remaja ini ataupun gejala yang nampaknya tidak terkawal. Maksud saya di sini adalah kawalan ibu bapa.

Dalam tragedi Sabtu, anggota polis itu menyatakan bahawa remaja terbabit bukan sahaja datang dari JB tetapi ada juga dari jauh, seperti Plentong, Masai, Tampoi, Kempas, Skudai, Tiram dan Kota Tinggi.

Mereka akan berkumpul di JB semasa hujung minggu dan tidak mengendahkan arahan polis supaya bersurai. Ada ketikanya, anggota polis akan hilang sabar dan merampas sesetengah basikal itu agar mereka tidak mengulangi aksi berbahaya, bagaimanapun tindakan itu gagal memberi kesan.

Ada sesetengah remaja ini sehingga begitu berani memaki anggota polis trafik yang tergamam dengan aksi mereka menunggang bukan di laluan yang selamat tetapi di tengah-tengah jalan. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l95ytY

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.