Iskandar tarik diri badminton kebangsaan di Ipoh
ISKANDAR Zulkarnain Zainuddin. – Foto Osman Adnan
IPOH: Kemeriahan Kejohanan Badminton Kebangsaan 2017 Celcom Axiata di Ulu Kinta di sini, bermula hari ini, sedikit suram berikutan penarikan diri pemain pilihan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin.
Iskandar Zulkarnain diletakkan sebagai pilihan utama kejohanan ini berikutan ketiadaan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei.
Turut mengambil tindakan sama adalah pemain pilihan kedua perseorangan wanita, Sonia Cheah. Punca penarikan diri kedua-dua pemain ini bagaimanapun tidak diketahui.
Berikutan perkembangan terbaru itu, Zulfazli Zulkifli yang diletak sebagai pilihan kedua kejohanan bagi acara perseorangan lelaki diramalkan bakal bertemu pilihan ketiga, Liew Daren pada aksi final.
Sementara itu, naib juara beregu Terbuka Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula diletak selaku pilihan utama bagi acara berkenaan manakala gandingan Tan Chee Tean-Tan Wee Gieen (BAM) menjadi pilihan kedua.
Pilihan ketiga pula adalah Chooi Kah Ming-Low Juan Shen manakala Nur Muhammad Azryn Ayub-Jagdish Singh diletak selaku pilihan keempat.
Bagi acara perseorangan wanita, Ho Yen Mei mengetuai cabaran selaku pilihan pertama.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ly6wRf✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment