Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 1,000 penunggang motosikal dapat sumbangan petrol percuma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 1,000 penunggang motosikal dapat sumbangan petrol percuma

ALOR SETAR: Kira-kira 1,000 penunggang motosikal di sekitar bandar raya ini mengambil peluang mengisi minyak petrol secara percuma menerusi program Sumbangan Petrol Percuma anjuran Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar selama sejam bermula pukul 5 petang tadi.

Ketua Pemuda UMNO Alor Setar Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa berkata program julung kali itu melibatkan tiga stesen minyak iatu Petronas Shahab Perdana dan Jalan Pegawai serta stesen minyak Shell Tajar di Alor Mengkudu.

“Sebanyak RM5,000 diperuntukkan bagi menjayakan program ini kerana kita tahu dengan kenaikan harga petrol RM2.30 seliter menyebabkan kos hidup terus meningkat, jadi rakyat patut dibantu dan ini bukan sebab nak pilihan raya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Program itu katanya mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga ada yang datang seawal pukul 3 petang dan beratur panjang bagi mendapatkan kupon di stesen-stesen minyak tersebut.

Sementara itu, seorang penunggang motosikal, Teoh Guik Chu, 56, dari Taman Wira Mergong di sini, berkata dia amat bersyukur di atas sumbangan tersebut kerana amat membantu golongan berpendapatan rendah sepertinya.

Mohd Hidayat Mahmud, 18, pula berkata dia pada mulanya tidak percaya apabila dimaklumkan mengenai perkara tersebut namun tetap datang ke stesen minyak di Jalan Pegawai sebelum diberi kupon untuk mengisi minyak secara percuma. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l9d208

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.