Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suasana Kedutaan Korea Utara Sunyi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suasana Kedutaan Korea Utara Sunyi

Spread the love

KUALA LUMPUR – Suasana di kedutaan Korea Utara di sini sunyi sejak pagi tadi, hanya beberapa kenderaan milik kedutaan itu dilihat keluar masuk premis berkenaan.

Wartawan daripada pelbagai media tempatan dan luar negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, berada di kawasan kedutaan itu seawal 9 pagi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Pihak media cuba mendapatkan maklum balas daripada pegawai di situ namun tiada maklum balas positif diberikan.

Kedutaan Korea Utara di Malaysia menjadi tumpuan berikutan kematian Kim Jong-nam iaitu abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, Isnin lepas.

Dilaporkan sebelum ini, Kim Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Beliau dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Feb, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital di Putrajaya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kVwpal

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.