Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ilmu Yang Perlu Diajar Pada Anak-Anak Kita, Mengenai Apa Yang Harus Dilakukan Di Rumah Sementara Menunggu Jenazah Dikebumikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ilmu Yang Perlu Diajar Pada Anak-Anak Kita, Mengenai Apa Yang Harus Dilakukan Di Rumah Sementara Menunggu Jenazah Dikebumikan

Ilmu sememangnya satu pengajaran hidup yang tidak pernah habis, ia perlu dituntut walau di mana jua kita berada. Jika diikutkan, ilmu yang kita belajar di sekolah, adalah ilmu formal yang mana memberi kita pendedahan kepada fakta-fakta yang ada, dan ilmu tersebut akan digunakan sehingga akhir hayat.

Begitu juga dengan pengetahuan untuk menguruskan mereka yang sudah tiada, ibu bapa seharusnya menerapkan ilmu ini dalam diri anak-anak, supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan, dan dapat mempraktikkan dalam hidup, untuk insan yang mereka sayangi.

Menurut perkongsian dari Heliza Helmi, yang mana dikongsikan akan ilmu yang seharusnya diketahui oleh kita, dalam memberi penghormatan buat mereka yang telah tiada, akan persiapan yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan.

*Ilmu yang perlu diajar pada anak-anak kita*

Lepas confirm takde nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan;
2. Sentiasa sediakan wipes & gunting bersama kain-kain batik;
3. Potong seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yg diambik nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering;
4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah;
5. Ambik minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat;
6. Ambik kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat;
7. Tutup rambut dengan selendang;
8. Ambik kain batik lepas, ditutup jenazah;
9. Posisikan jenazah dalam keadaan kepala ke arah kiblat; dan
10. Dimandikan

Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat beliau.

Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. *Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir*.

– Siakap Keli

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2liQic8

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.