SPRM Siasat Isu Tender Pembekalan Peralatan Gimnastik – Azam
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat isu dakwaan tender pembekalan peralatan gimnastik untuk Sukan SEA 2017 yang dipercayai wujud unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya juga sedang meneliti maklumat-maklumat berhubung dakwaan berkenaan.
“Pihak saya akan meneliti dan siasat dahulu perkara ini sebelum tindakan selanjutnya diambil,” katanya kepada Bernama.
BACA: KBS nafi wujud kepincangan dalam pemberian Tender Peralatan Gimnastik Sukan SEA
Menurut laporan yang disiarkan semalam, berdasar satu siasatan dalaman yang dijalankan, dipercayai terdapat elemen rasuah dan salah guna kuasa berhubung permohonan dan kelulusan tender tersebut.
Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA buat kali keenam yang berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos depan. — Bernama
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l95xGq✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment