Hi! Welcome Back and Stay Tune! Warga Emas Ditemui Berkeredak Dalam Najis Dengan Kulit 'Teradun' Atas Kerusi Selepas Tidak Berganjak Selama 7 Bulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Warga Emas Ditemui Berkeredak Dalam Najis Dengan Kulit 'Teradun' Atas Kerusi Selepas Tidak Berganjak Selama 7 Bulan

Seorang wanita warga emas ditemui terperangkap di atas kerusi di ruang tamu rumahnya dengan dihurungi dengan najis selepas duduk di tempat yang selama berbulan-bulan lamanya.

Kru pasukan kecemasan memerlukan sut hazmat untuk mengalihkan Barbara Foster, 75, dari rumahnya di Springfield, Ohio pada Khamis.

Wanita 250kg itu duduk di tempat yang sama sejak Julai lepas menyebabkan badannya melemah dan kulitnya ‘teradun’ dengan bentuk kerusi itu, kata pihak berkuasa.

Ketika proses menyelamatkannya berlaku, Foster menjerit kesakitan apabila tulangnya meretak ketika pasukan kecemasan mengangkatnya keluar dari rumah. Dia dibawa ke University of Toledo Medical Center untuk rawatan.

Menurut pihak berkuasa, bau yang datang dari rumahnya dapat dikesan dari laluan pejalan kaki lagi.

Pejabat Kesihatan Toled-Lucas County telah mewartakan rumah itu sebagai ‘tidak sesuai’ diduduki dan meletakkan satu tanda di hadapan rumah terbabit.

Jiran memberitahu stesen televisyen bahawa apa yang mereka tahu tentang wanita itu adalah dia seorang yang suka menyimpan barang dan suka duduk di dalam rumah tetapi sudah lama tidak melawatinya.

Penduduk di kawasan kejiranan itu, Robbie Zolciak, memberitahu dia sudah tidak melihat wanita itu ‘bertahun-taun lamanya’. Dia juga berkata tidak tahu bahawa wanita berkenaan berada dalam kondisi tidak sihat.

Sukarelawan gereja yang menghantar makanan untuk Foster berkata dia menghubungi polis apabila menyedari wanita berkenaan sudah ‘tidak seperti dirinya sendiri’.

Detektif kini sedang menyiasat insiden itu sama ada berkaitan dengan apa-apa jenayah.

Sumber: KTLA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kVUmhT

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.