Kemenangan Di PRK Tanjong Datu Bukti Rakyat Yakin BN
Spread the love
IPOH – Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu membuktikan bahawa rakyat masih yakin dan percaya dengan agenda pembangunan kerajaan BN, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.
Ong, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, berkata kemenangan itu jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak percaya dan yakin terhadap BN yang mampu membawa kebaikan secara keseluruhannya bagi kesinambungan pembangunan di negeri itu.
“Saya berharap kemenangan itu dapat dijadikan sebagai contoh dan teladan kepada negeri-negeri lain untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Wanita MCA Perak yang turut dihadiri Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie di Wisma Persatuan Bulan Sabit Merah di sini, hari ini.
Calon BN, Datuk Amar Jamilah Anu menang dengan majoriti 6,443 undi apabila memperoleh 6,573 undi, menewaskan calon Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star) Johnny Aput yang memperoleh 108 undi dan calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit (130 undi) dalam pertandingan tiga penjuru. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment