Kakitangan UniSZA Dikhuatiri Hilang Di Laut Selepas Bot Terbalik
KUALA NERUS: Seorang pembantu awam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dikhuatiri hilang selepas bot gentian kaca (fiber) yang dinaikinya untuk memancing dipercayai terbalik dalam kejadian di Pantai Teluk Ketapang, di sini, semalam.
Mangsa Wan Abdul Manan Wan Ahmad, 49, dilaporkan hilang selepas gagal pulang ke rumah kira-kira pukul 10 malam tadi selepas keluar memancing bersendirian pada pukul 6.30 petang semalam.
Menurut isterinya, Kasiah Harun, 42, jika keluar memancing, suaminya akan pulang ke rumah sebelum pukul 8 malam namun semalam beliau tidak pulang ke rumah seperti kelazimannya.
“Saya kemudian membuat panggilan ke telefon bimbitnya tetapi lebih 10 kali saya menghubunginya panggilan tidak diangkat.
“Saya cuba menelefon lagi pada 10 malam namun talian sudah tiada,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, hari ini.
Kasiah berkata pada awalnya dia menjangkakan suaminya itu keluar minum bersama rakan-rakannya yang lain dan mencari suaminya di sekitar pantai namun beliau tidak ditemui.
“Kebelakangan ini suami kerap pengsan dan bila disuruh melakukan pemeriksaan doktor dia hanya mendiamkan diri. Saya juga sering menasihati suami untuk tidak ke laut dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ini.
“Semalam sebelum keluar ke laut dia memang sudah memaklumkan…dia seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik,” katanya.
— BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lWQIs6✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment