Isteri Buat Laporan Polis, Suami Rakam Aksi Rogol Anak Tiri
NILAI, NEGERI SEMBILAN – Sikap curiga seorang ibu terhadap suaminya membawa penemuan kad memori milik lelaki itu yang menjalinkan hubungan seks (rogol) dengan anak tirinya.
Rakaman video seks tersebut ditemui di dalam beg suaminya yang ditinggalkan di atas meja ketika pergi bekerja.
Ekoran penemuan video seks tersebut, ibu mangsa, 40, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, suspek berusia 40 tahun yang bekerja sebagai peniaga dan berketurunan Kadazan itu telah ditahan di kediamannya di BAndar Baru Nilai, kelmarin.
“Hasil siasatan mendapati, suspek telah menjalinkan hubungan dengan anak tirinya yang berumur 20 tahun sejak tahun lalu. Mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik dan telah berhenti sekolah hingga tingkatan dua sahaja. Mangsa berhenti kerana tidak minat belajar dan kini tidak bekerja,” katanya.
Menurut ibu mangsa, dia sudah lama mengesyaki sesuatu yang tidak kena selepas anak-anak yang lain memberitahu mereka terasa ganjil dengan sikap suspek dan mangsa namun tiada sebarang bukti ditemui.
Ibu mangsa pernah bertanya pada suspek dan mangsa, namun masing-masing menafikannya sehinggalah wanita itu menemui kad memori dan tertonton rakaman video seks di antara suami dengan anaknya.
“Mangsa tidak pernah menceritakan kepada sesiapa kerana bimbang suspek akan meninggalkan ibunya dan membawa adik-adik jauh dari keluarga.
“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya. – The Reporter
✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment