Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tempat Menarik Patut Anda Kunjungi di Filipina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tempat Menarik Patut Anda Kunjungi di Filipina

TIDAK dinafikan lagi Filipina, terbukti beberapa tempat pelancongannya mengundang banyak pelancong untuk datang ke Negeri Jelapang Padi tersebut.
Tempat Menarik Patut Anda Kunjungi di Filipina

Antara salah satu tempat kegemaran pelancong adalah Kota Tua di Manila, Ibukota Filipina. Di kota ini banyak bangunan tua warisan budaya nenek moyang yang dirawat dengan baik, sehingga pelancong akan betah jika melawat tempat ini.

Di Manila terdapat Intramuros yang berdiri sejak 1606. Intramuros merupakan daerah paling tua di bandar Manila yang dikelilingi tembok yang menyerupai benteng. Kawasan ini masih aktif digunakan untuk pejabat, hotel, restoran dan tempat ibadah. Intramuros merupakan saksi sejarah perkembangan Filipina sejak masa penjajahan Sepanyol. Di kawasan ini terdapat Gereja San Agustin yang merupakan gereja tertua di Filipina.

Masih di lokasi yang sama, terdapat Rizal Park yang dibina untuk mengenang jasa Jose Rizal, seorang pahlawan nasional yang dilaksanakan mati semasa penjajahan Sepanyol. Rizal Park juga menyediakan beberapa kawasan rekreasi seperti Open Air Auditorium, Manila Ocean Park, Children ‘s Playground, Manila Planetarium, dan Concert at the Park, Calessa, Tour guide.

Anda juga boleh melihat pelbagai perayaan yang terdapat di Cebu salah satu wilayah yang terdapat di Filipina. Cebu merupakan wilayah dengan pendapatan terbesar selepas Manila.

Sepanjang tahun, Cebu selalu menghadirkan festival budaya seperti Festival Sinulog atau dikenali dengan festival budaya dan keagamaan yang biasanya dipaparkan setiap minggu ketiga bulan Januari. itu Sinulog Grand Parade.

Untuk yang suka pantai, boleh cuba datang ke Boracay, pulau kecil yang terdapat di Selatan Manila ini mempunyai keunikan dengan pantainya berpasir putih. Di Boracay, kita boleh menikmati 13 pantai yang sama indahnya, selain itu terdapat Punta Unga & Banyungan Beach yang tak kalah menariknya. Masa terbaik untuk menikmati Boracay adalah di bulan Mei.

Filipina juga mempunyai 7 Keajaiban Alam (The New 7 Wonders of Nature) seperti Underground River di Puerto Princesa, Tagaytay Ridge yang merupakan bukit dengan keluasan 32 kilometer dengan suhu cenderung lebih rendah atau sejuk. Di Tagaytay anda boleh trekking di Taal Volcano, gunung berapi yang masih aktif, gunung ini pernah menghancurkan pulau-pulau di sekitarnya pada tahun 1700-an.

Bagi pencinta adrenalin, anda boleh bermain Berakit di sungai Pagsanjan, air terjun Pagsanjan mengalirkan air sungai yang sangat deras terlebih jika musim hujan tiba, sangat sesuai bagi yang mempunyai hobi mencetuskan adrenalin.

Tempat Menarik Patut Anda Kunjungi di Filipina

Bagi anda yang ingin pergi melancong anda patut sendiri datang dan cuba menikmati keindahan melawat tempat pelancongan yang menarik ada disini!

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lyBKrO

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.