Monitor Quantum Dot Terbaru Dengan Skrin Melengkung Daripada Samsung Akan Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi
Samsung merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam pengeluaran panel skrin – daripada untuk telefon pintar hinggalah kepada televisyen. Mereka juga menghasilkan beberapa monitor yang menarik bukan sahaja untuk pengguna yang inginkan monitor untuk permainan, tetapi juga untuk pengguna perusahaan dan di rumah.
Terkini, selepas memperkenalkan monitor Samsung CH711 pada CES 2017 yang lepas, pihak Samsung berkongsi mengatakan monitor berkenaan bakal hadir ke pasaran tempatan sekitar suku kedua 2017 ini. Pengenalan monitor baru ini dijangka dilakukan bersama-sama pengenalan televisyen pintar terbaru Samsung dengan panel QLED.
Monitor baru ini hadir dengan rekaan skrin melengkung dan menggunakan panel Quantum Dot. Ia menawarkan resolusi pada 2560×1440 pixel, selain liputan warna RGB 125%. Ia juga turut menyertakan sokongan AMD FreeSync bersama-sama dengannya.
Pihak Samsung masih tidak mengumumkan harga jualannya buat masa ini, dan dijangka melakukannya ketika pengenalan monitor ini secara rasminya.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lwot2X✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment