Pliskova Idam Grand Slam
KAROLINA Pliskova. – Foto REUTERS
DOHA: Finalis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Karolina Pliskova berkata menjadi impiannya untuk merangkul gelaran Grand Slam selepas dia melonjakkan reputasinya dengan menjuarai Terbuka Qatar, awal pagi tadi.
Bintang nombor tiga dunia itu yang tewas kepada Angelique Kerber pada final Terbuka AS tahun lalu, mengesahkan potensi dimilikinya dengan meraih dua gelaran WTA tahun ini.
Pemain 23 tahun yang memiliki pukulan padu itu berkata, sasarannya selepas ini ialah mencipta kejayaan di Wimbledon dan Terbuka AS.
Ketika ditanya sejurus kemenangan 6-3, 6-4 ke atas Caroline Wozniacki di Doha, awal pagi tadi, adakah misi seterusnya ialah menjadi pemain nombor satu dunia, Pliskova membalas bukan itu sasarannya.
“Saya mempunyai sasaran lain daripada menjadi pemain nombor satu dunia,” katanya. “Ia adalah memenangi Grand Slam. Saya pernah mara ke final, jadi kini langkah seterusnya untuk saya adalah memenanginya.”
Malah, Pliskova merasakan dengan kemampuan baiknya beraksi di atas gelanggang keras, tidak mustahil dia mencipta kejutan itu di atas permukaan keras atau Wimbledon.
“Saya fikir daripada empat gelaran Grand Slam, peluang saya lebih cerah di Wimbledon. Ia jelas sekali kerana corak permainan saya,” katanya yang kini mendapat tunjuk ajar David Kotyza yang pernah menjadi jurulatih pemenang dua gelaran Wimbledon, Petra Kvitova
“Kemudian sudah pasti Terbuka AS, ia akan menjadi begitu sukar, saya perlu mempertahankan banyak perkara di sana.” – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l80WEe✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment