Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kadar Dividen 5.70 Peratus Oleh KWSP Cukup Baik – PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kadar Dividen 5.70 Peratus Oleh KWSP Cukup Baik – PM Najib

KUALA LUMPUR: Kadar dividen 5.70 peratus bagi 2016 yang diisytiharkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah cukup baik meskipun berdepan keadaan ekonomi global yang amat mencabar pada tahun lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kebanyakan negara berdepan dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, ketidaktentuan dan perubahan dasar serta kepimpinan di Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara lain pada 2016 yang membawa kesan kepada pelaburan global.

“Alhamdulillah, KWSP telah umumkan dividen sebanyak 5.7 peratus yang berjumlah RM37.08 bilion kepada pencarum bagi tahun 2016. Syabas kepada warga KWSP yang terus memastikan pulangan baik daripada pelaburan untuk manfaat hari tua pencarum,” katanya dalam catatan terkini blog rasminya, hari ini.

Semalam, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 5.70 peratus bagi 2016, dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM37.08 bilion.

Bagi 2016, amaun pendapatan yang diagihkan sebagai dividen adalah lebih tinggi daripada amaun yang diagihkan pada 2014 walaupun kadar dividen pada 2014 lebih tinggi pada 6.75 peratus.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l9cVBG

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.