Samsung Menawarkan Aplikasi Secure Folder Untuk Pengguna Galaxy S7
Samsung kini telah mula menawarkan aplikasi dan fungsi Secure Folder kepada semua pengguna telefon pintar Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge – sekaligus membuatkan dokumen dan fail pada telefon pintar anda yang berkenaan itu lebih selamat dan terlindung daripada pihak yang tidak sepatutnya.
Melalui Secure Folder, ia menambah sebuah ruangan khusus untuk anda menyimpan data peribadi yang penting, termasuk aplikasi dan sebagainya. Sebarang perkara yang dilakukan ketika pada Secure Folder, ia tidak akan diperlihatkan ketika anda menggunakan telefon pintar seperti biasa. Seperti biasa, anda juga perlu menambah kata laluan khusus dalam memastikan ia lebih terlindung.
Fungsi ini juga mungkin sangat sesuai bagi anda yang menggunakan peranti untuk tujuan perniagaan. Sebagai contoh, anda boleh mengasingkan data – dimana WhatsApp digunakan seperti biasa diluar, dan WhatsApp pada Secure Folder digunakan khusus untuk tujuan perniagaan – apatah lagi memandangkan Galaxy S7 menyokong fungsi dwi-SIM.
Bagi anda yang menggunakan Galaxy S7 atau Galaxy S7 Edge, anda boleh menyemak Galaxy Apps hari ini untuk memuat-turunnya. Pastikan anda telah sedia menaik-taraf kepada Android 7.0 Nougat – atau anda mungkin tidak ditawarkan aplikasi ini.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mpPhz8✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment