Hi! Welcome Back and Stay Tune! AFC Bakal Umum Gelanggang Berkecuali Dalam Dua Hari – Hamidin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AFC Bakal Umum Gelanggang Berkecuali Dalam Dua Hari – Hamidin

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan Malaysia agar perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara di gelanggang berkecuali akan diketahui dalam masa dua hari lagi.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya yakin Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan meluluskan permohonan FAM itu, selepas kerajaan melarang skuad Harimau Malaysia beraksi di Pyongyang.

Selain itu, beliau berkata aksi timbal balik antara kedua-dua pasukan yang dijadualkan Malaysia selaku tuan rumah pada 14 Nov ini, berkemungkinan turut diadakan di gelanggang berkecuali.

“Pagi tadi saya menghubungi Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor Paul John, kita akan mendapat maklum balas dalam masa dua hari. Saya juga ingin menegaskan perlawanan ini akan tetap diadakan atas semangat kesukanan.

“Bermain di padang berkecuali itu mungkin tiada masalah kerana negara seperti Israel, Palestin, Syria dan Arab Saudi pernah dibenarkan bermain di gelanggang berkecuali atas sebab-sebab tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Anugerah Pemain Bulanan Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) di sini, hari ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dijadual menentang Korea Utara pada aksi sulung Kumpulan B, pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2019 di Pyongyang, 28 Mac ini.

Namun, semalam kerajaan Malaysia melarang skuad negara ke Pyongyang, susulan hubungan tegang kedua-dua negara, sejak kes pembunuhan Kim Chol, yang dilaporkan secara meluas oleh media sebagai Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, pada 13 Feb lepas.

Terbaharu pada hari ini, kerajaan Malaysia bertindak balas melarang warga Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini, selepas Korea Utara bertindak menghalang rakyat Malaysia daripada keluar dari negara berkenaan.

Hamidin berkata FAM juga telah memberikan beberapa cadangan mengenai gelanggang berkecuali itu, tetapi enggan mengulas lanjut dan menyerahkan keputusan tersebut kepada AFC.

“Ia tidak melibatkan urusan pentadbiran dalam FAM. Dalam hal ini, FAM juga tidak membuat protes dan memang bersetuju dengan keputusan kerajaan kerana melibatkan isu keselamatan,” katanya.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mBv5NV

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.