Hi! Welcome Back and Stay Tune! Barcelona Mampu Sumbat 6 Gol - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Barcelona Mampu Sumbat 6 Gol

Pengendali Barcelona, Luis Enrique pada sidang akhbar di Pusat Sukan FC Barcelona Joan Gamper di Sant Joan Despi, berhampiran Barcelona. – Foto AFP

BARCELONA: Pengendali Barcelona, Luis Enrique, mendakwa pasukannya mempunyai kemampuan meledak enam gol untuk menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi kedua kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Barcelona bakal mencatat sejarah kejohanan itu sekiranya impian Enrique mampu dilaksanakan anak buahnya selepas ketinggalan 0-4 pada aksi pertama sebelum ini.

“Jika mereka boleh menjaringkan empat gol ke atas kami, kami boleh menyumbat enam. Kami tidak rugi apa-apa malah banyak yang boleh dimenangi,” kata Enrique.

Kritikan ke atas Enrique selepas kekalahan tiga minggu lalu di Paris semakin reda selepas pengendali itu mengumumkan akan bersara pada penghujung kempen ini.

Belum ada pasukan dalam sejarah Liga Juara-Juara mampu bangkit selepas ketinggalan empat gol, bagaimanapun statistik Barca di laman sendiri sepanjang tiga musim pimpinan Enrique menyokong keyakinannya itu.

Antara rekod kemenangan besarnya ialah ketiga-tiga aksi Liga Juara-Juara musim ini apabila Barca membelasah Celtic (7-0), Manchester City (4-0) dan Borussia Moenchengladbach (4-0). – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m0aZJt

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.