Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dulu Berat Badan 100kg, Datin Norjuma Kongsi Tips Kurus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dulu Berat Badan 100kg, Datin Norjuma Kongsi Tips Kurus

Mesti ramai yang tak tahu bahawa pengusaha Aidijuma ini pernah memiliki berat badan melebihan 100 kilogram.

Bagaimana Datin Norjuma Habib Mohamed menurunkan berat badan daripada tiga digit ke dua digit? Usahawan cantik ini kongsikan tipsnya untuk kuruskan badan. Mana tahu korang boleh cuba!

Gemuk sebab mengandung & akui berusaha keras untuk kurus

Advertisement<!–
–>

Sebenarnya, kegemukan Juma adalah sesuatu yang normal apabila Juma mengandung. Daripada anak pertama hinggalah yang ketiga ini, Juma mengalami keadaan yang sama. Jadi, ia tidak merisaukan Juma kerana Juma yakin ia adalah perubahan sementara. Namun, Juma akui Juma berusaha keras untuk mengembalikan bentuk tubuh asal. Memang tidak mudah.

Amalkan minuman akar kayu & jamu sejak anak dara lagi

Juma sangat stres ketika berpantang kerana melalui tempoh pantang yang ketat walaupun Juma bersalin secara pembedahan. Antara amalan pertama Juma sebaik melahirkan anak adalah minum air akar kayu Nona Roguy yang dicampurkan dengan sedikit halia dan madu.

Amalan ini sudah Juma amalkan sejak zaman anak dara lagi. Minuman akar kayu ini baik untuk membuang angin dan air dalam badan. Setelah kedua-dua bahan ini berjaya dibuang, maka mudahlah untuk proses pembakaran lemak selepas itu. Setahu Juma, jika badan banyak angin, agak sukar untuk menurunkan berat badan kerana angin itu membuatkan badan tidak selesa seperti makan pun tidak terasa kenyang dan perut terasa kembung.

Berat masa mengandung 105kg & berjaya capai target turun hingga 60kg

Minggu pertama berpantang, Juma mula mengambil nasi beras merah yang dimakan bersama ikan bakar. Selepas 30 hari, barulah Juma mengambil daging ayam kampung pula. Juma tidak boleh tidak makan nasi jika mengambil jamu. Juma juga elakkan terlalu banyak minum air putih.

Juma ada ‘target’. Juma pastikan dalam tempoh berpantang itu, Juma mesti turun 20kg. Masa anak pertama dulu, berat Juma 105kg manakala anak kedua dan ketiga 95kg. Juma pastikan, Juma berusaha untuk mencapai berat badan minimum iaitu 60kg.

Kena disiplin, tak semestinya guna personal trainer boleh kurus

Semuanya Juma lakukan sendiri atas kemahuan dan disiplin Juma. Juma pernah cuba menggunakan personal trainer. Siap ambil untuk 10 sesi senaman lagi tetapi yang pergi dua kali sahaja.

Juma tidak boleh bersenam mengikut arahan. Bagi Juma, kalau mahu kurus, tidak perlu desakan orang lain, orang hanya tahu cakap sahaja. Diri sendiri yang harus memotivasikan diri sendiri.

Kredit: Intrend.com.my

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2miD29U

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.