MOLPay Cash Membolehkan Anda Membayar Tunai Untuk Pembelian Atas-Talian
Ingatkah lagi dengan MOLPay Cash yang telah diuji sejak tahun 2014 yang lepas? Perkhidmatan yang dulunya terhad untuk pengguna di Lembah Klang kini dilihat telah dilancarkan secara rasminya untuk pengguna seluruh Malaysia.
MOLPay Cash merupakan salah satu ciri baru daripada MOLPay, membolehkan pengguna membuat pembayaran secara tunai untuk pembelian atas-talian.
Perkara ini dijayakan melalui kerjasama pihak MOLPay dengan Petronas dan 7-Eleven. Pengguna hanya perlu memilih untuk membayar melalui MOLPay Cash ketika melakukan pembayaran di laman e-dagang yang mengintegrasikan fungsi ini, dan seterusnya membawa kod yang dijana dan membayarnya di 7-Eleven atau Petronas.
Pengguna akan diberikan tempoh 48 jam sejak melakukan pembelian atas-talian untuk menyelesaikan pembayaran melalui MOLPay Cash ini. Sekiranya tidak, maka tempahan berkenaan akan dibatalkan.
Bagi anda yang membangunkan web e-dagang, mungkin boleh mengintegrasikan sokongan ini – sementara untuk pengguna pula, anda tidak lagi perlu risau untuk membeli barangan sekiranya tiada kad kredit atau perbankan internet, kerana kini anda boleh turut melakukan pembayaran secara tunai.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mBEuot✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment