Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemohon BR1M Diberi Tempoh Sehingga Mei Untuk Buat Rayuan – Lokman Adam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemohon BR1M Diberi Tempoh Sehingga Mei Untuk Buat Rayuan – Lokman Adam

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1.1 juta rakyat Malaysia berkelayakan masih berpeluang untuk memohon Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) untuk tahun ini.

Menurut Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam, daripada 8.2 juta pemohonan, 6.3 juta telah diluluskan sementara 1.9 juta permohonan ditolak.

Katanya, kerajaan masih memperuntukkan sejumlah 1.1 juta orang untuk bantuan tersebut dan tempoh rayuan dibuka sehingga bulan Mei bagi individu yang ditolak permohannnya sebelum ini untuk memohon semula.

“Tempoh rayuan kita tutup bulan Mei. Selepas ini, kami akan hantar surat kepada 1.9 juta pemohon yang gagal ini dan menyatakan mengapa permohonan mereka tidak dilulus serta apa yang perlu dibuat,” jelasnya di Hari ini 8.

BACA: Isu BR1M-SSM: Menteri jamin tiada tercicir terima bantuan

BACA: 

Jangan polemikkan BR1M dengan kaitkan SSM – Shahidan

Lokman turut menjawab persoalan dan rintihan pemohon BR1M yang mendakwa permohonan mereka gagal kerana berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Katanya, saringan dilakukan ke atas pemohon BR1M oleh 13 agensi kerajaan, termasuk SSM, untuk memastikan mereka benar-benar layak menerima bantuan tersebut.

“Ada di antara pemohon yang mendaftar dengan SSM. Kalau mereka menjalankan tanggungjawab sebelum bulan Jun untuk menyerahkan penyata akaun perniagaan, maka dia tiada masalah (untuk layak BR1M) jika pendapatan isu rumahnya di bawah RM4,000.

“Tetapi apa yang berlaku, ada di antara mereka yang berniaga dan tidak melaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ada juga yang berniaga sekerat jalan dan kemudian tutup perniagaan tetapi tidak menyerahkan borang tamat perniagaan.

“Jadi, apabila SSM serahkan maklumat kepada LHDN pada bulan Ogos lepas, syarikat-syarikat didapati masih aktif. Jadi mereka perlu jelaskannya terlebih dahulu,” jelasnya.

Lokman berkata pemohon yang terbatal kerana berdaftar dengan SSM tetapi masih berkelayakan untuk mendapatkan BR1M perlu kemukakan penyata pendapatan atau kewangan apabila membuat rayuan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n23uTq

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.