Pemohon Tidak Lulus BR1M Tidak Perlu Rujuk Dengan SSM Untuk Buat Sebarang Pengesahan
Bagi mana-mana pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berstatus ‘tidak lulus’, anda tidak perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membuat sebarang pengesahan, lapor Bernama.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SMM, kegagalan permohonan bantuan berkenaan tidak mempunyai sebarang signifikan terhadap pendaftaran SSM yang dilakukan.
“Di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, pemilik perniagaan tidak perlu menyerah simpan penyata kewangan di SSM. Oleh itu, tidak timbul sebarang isu bahawa penolakan BR1M berkaitan dengan pendaftaran perniagaan di SSM kerana tiada apa-apa maklumat disalurkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melainkan perkara itu dimaklumkan sendiri pemohon.”
“Pemohon boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDN untuk permohonan rayuan sepanjang 3 April sehingga 31 Mei ini atau mendapatkan maklumat di laman portal ebr1m.hasil.gov.my bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,” kata mereka.
SSM dalam pada itu percaya LHDN mempunyai pendekatan terbaik serta penjelasan tersendiri dalam mengagihkan BR1M.
“Pengagihan BR1M hanya melibatkan isi rumah berpendapatan RM4,000, RM3,000 dan RM2,000 ke bawah untuk kategori bujang. Sesiapa yang berpendapatan melebihi syarat ditetapkan , tidak layak menerima BR1M meskipun seseorang itu penjawat awam, pekerja swasta, pekerja sendiri termasuk memiliki sijil pendaftaran perniagaan SSM dan syarikat,” kata kenyataan itu.
Pihak SSM dalam pada itu tampil menafikan dakwaan Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan (1P1P) mengakibatkan kegagalan permohonan BR1M.
1P1P telah diperkenalakan oleh pihak SSM pada 1 Januari lepas dimana ia membolehkan pelajar mendaftarkan perniagaan secara percuma untuk menggalakkan mereka terlibat dalam bidang perniagaan secara sah. – Siakapkeli.my
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nchJUP✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment