Basil Popular, Sesuai Jadi Calon BN Di Saratok
Parti Demokratik Progesif (PDP) memilih Basil Thomas untuk bertanding di kerusi parlimen Saratok sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
Memetik laporan Utusan Borneo, Ahli Majlis Tertinggi PDP Desmond Reynold Jemeni berkata, berdasarkan latar belakang dimilikinya, Basil adalah individu sangat kompeten untuk dicalonkan pada PRU14 bagi Parlimen Saratok.
“Sungguhpun Basil masih baharu, namun beliau sangat popular dalam kalangan masyarakat peringkat akar umbi, seorang yang bersikap rendah diri, sedia berbincang dan menerima segala pandangan," katanya.
Basil merupakan merupakan salah satu nama tersenarai sebagai pelobi DUN Krian pada pilihanraya negeri yang lalu.
“Walaupun tidak terpilih sebagai calon, Basil meneruskan perjuangan politiknya dan tidak kecewa malah turun padang membantu calon PDP pada pilihan raya tersebut.
“Atas sikap profesional ini kita merasakan Basil mempunyai potensi yang amat besar dijadikan calon di kawasan Parlimen Saratok pada PRU14 akan datang,”ujarnya.
Menurut Desmond, masyarakat di parlimen Saratok memerlukan kepimpinan muda, bertenaga, aktif, tabah dan berwawasan menerajui dan membimbing politik kawasan itu.
Tambahnya, Basil bergerak bertemu dan memperkenalkan diri kepada masyarakat di peringkat akar umbi sejak dua tahun lalu.
"Masyarakat peringkat akar umbi kini mahu pemimpin benar-benar mampu mendekati mereka dan peka terhadap segala permasalahan," katanya. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v1xTc3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment