Hi! Welcome Back and Stay Tune! MIC Sudah Hantar Senarai Calon PRU Kepada Pengerusi BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MIC Sudah Hantar Senarai Calon PRU Kepada Pengerusi BN

SEREMBAN – MIC telah menghantar senarai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kepada Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata partinya telah menyenaraikan sekurang-kurangnya empat calon bagi setiap kerusi yang akan dipertandingkan.

“Dari situ kita akan kaji prestasi, sumbangan dan sokongan terhadap calon di peringkat akar umbi,” katanya kepada Bernama di Konvensyen Tahunan MIC Negeri Sembilan.

Turut hadir Ketua Penerangan MIC kebangsaan Datuk VS Mogan dan Pengerusi MIC negeri Datuk L. Manickam.
Seramai 400 perwakilan menghadiri konvensyen ini.

Ditanya jika ada permintaan dari parti komponen lain BN untuk bertanding di atas kerusi MIC bagi PRU akan datang, Menteri Kesihatan itu berkata perbincangan berkenaan perkara itu biasa berlaku.

Untuk rekod, pada PRU13, kerusi Parlimen Teluk Kemang yang diwakili Mogan tewas kepada pencabarnya Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR) dengan majoriti 1,579 undi.

Begitu juga di kerusi DUN Port Dickson yang berdepan pertembungan tiga penjuru, P.Tanaletchumy tewas kepada M.Ravi (PKR) yang juga penyandang dengan majoriti 2,422 undi.

MIC hanya menang di kerusi Jeram Padang yang diwakili oleh Manickam dalam pertembungan empat penjuru dengan majoriti 2,691. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xlKzax

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.