Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Terima Sumbangan 793 Lembu Korban - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Terima Sumbangan 793 Lembu Korban



PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima sumbangan 793 ekor lembu korban daripada 16 syarikat korporat untuk sambutan Aidiladha tahun ini.

Ia disampaikan dalam satu majlis akad penyerahan oleh wakil syarikat berkenaan di Perdana Putra, di sini.

Daripada jumlah itu, 458 ekor lembu akan diagihkan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Pekan manakala selebihnya akan disumbangkan kepada kawasan-kawasan lain.

Syarikat yang menyumbang ialah Sapura Holdings Sdn Bhd, JL99 Group, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Maju Holdings Sdn Bhd, GIG Technology Holdings Sdn Bhd, Roadcare (M) Sdn Bhd, Ahmad Zaki Resources Berhad dan Bumi Borneo Highway Sdn Bhd.

Turut menyampaikan sumbangan ialah Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Zetro Aerospace Corporation Sdn Bhd, Wekajaya Sdn Bhd, AJ Aeroservices Sdn Bhd, S.N. Akmida Holdings Sdn Bhd, DRB-HICOM Berhad, Heitech Padu Berhad dan Icah Sdn Bhd.

Umat Islam di negara ini dijangka menyambut Aidiladha pada 1 Sept ini. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wz8WV2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.