Sedia berdepan dengan siapa sahaja di separuh akhir - Kim Swee
SHAH ALAM: Vietnam, Indonesia atau Thailand? Itu persoalan yang kini bermain di fikiran pengendali Datuk Ong Kim Swee selepas skuad bawah 22 tahun (B-22) negara kendaliannya mara ke separuh akhir dengan mengalahkan Myanmar 3-1 dalam saingan Kumpulan A, semalam.
Tiga pasukan itu pula sedang berentap dalam Kumpulan B bagi merebut dua slot ke pusingan seterusnya yang hanya ditentukan pada perlawanan terakhir pada Khamis, sehari selepas Malaysia menghabiskan kempen peringkat kumpulan bertemu Laos di Stadium Shah Alam, esok.
Skuad muda negara kini menduduki tangga kedua apabila berkongsi sembilan mata dengan Myanmar, namun boleh memintas pasukan naib juara edisi di Singapura 2015 itu andai memungut sebarang mata dengan Laos atau sanggup kehilangan mata untuk kekal di kedudukan sama.
Myanmar hanya menunggu keputusan terakhir pasukan tuan rumah kerana mereka sudah beraksi empat perlawanan.
"Kita tak boleh memilih pasukan mana yang ingin kita temui pada separuh akhir, semestinya kita mahu menang dalam setiap perlawanan tapi akhirnya, pasukan daripada Kumpulan B memiliki kelebihan untuk memilih lawan mereka.
"Bagi kita hanya perlu bersedia, memastikan pemain terbaik dalam keadaan bertenaga untuk kita bermain lebih bagus pada perlawanan separuh akhir," kata Kim Swee.
Selepas tiga perlawanan Kumpulan B, Vietnam mengungguli tangga teratas dengan sembilan mata diikuti Indonesia dan juara bertahan Thailand masing-masing tujuh mata.
Malaysia mengejutkan Myanmar dengan kemenangan 3-1 hasil dua jaringan N Thanabalan dan satu gol Safawi Rasid, namun Kim Swee bakal merehatkan tonggak utama menentang Laos.
"Saya kena melihat semula tahap kecederaan pemain, saya masih belum menurunkan Syazwan (Zaipol). Tapi saya tetap akan membariskan skuad yang baik kerana kemenangan ke atas Laos tetap menjadi keutamaan," kata bekas pengendali Harimau Malaya itu.
Dalam perkembangan terbaru, Kim Swee terpaksa melupakan khidmat penyerang S Kumaahran yang mengalami kecederaan serius buku lali. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wjnHLT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment