Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3GPP Meluluskan Spesifikasi Komponen Sambungan 5G – Kelajuan Melangkaui 1Gbps, Sela-Masa Serendah 4ms - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3GPP Meluluskan Spesifikasi Komponen Sambungan 5G – Kelajuan Melangkaui 1Gbps, Sela-Masa Serendah 4ms

Teknologi sambungan 5G hebat diperkatakan untuk beberapa tahun, tetapi kini nampaknya teknologi tersebut bakal hadir untuk kegunaan orang ramai, kerana spesifikasi komponen untuk sambungan internet mudah-alih tersebut sudahpun diluluskan.

Ahli-ahli kumpulan 3rd Generation Partnership Project baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah mengesahkan spesifikasi Non Stand Alone (NSA) 5G New Radio di sebuah perjumpaan di Lisbon, Portugal.

Spesifikasi khusus untuk sambungan 5G ini dikatakan akan hadir untuk bacaan umum dalam masa beberapa hari lagi, tetapi menurut catatan awal, spektrum yang akan disokong dibawah 5G ini termasuklah spektrum dari 1Hz sehingga 50Hz.

Kelulusan ini diberikan selepas ujian-ujian yang dilakukan oleh China Mobile, ZTE dan Qualcomm menjalankan ujian yang memberikan keputusan yang cukup memberangsangkan, terrmasuklah kelajuan lebih tinggi dari 1Gbps dan juga sela-masa lebih rendah dari 4ms.

Dengan kelulusan 3GPP ini, syarikat-syarikat pembuat modem mudah-alih seperti Qualcomm, Intel dan Broadcom boleh mula membuat peralatan yang boleh menyambung peranti ke sambungan 5G. Akan tetapi, spesifkasi Stand Alone 5G masih belum diluluskan lagi, dan ini hanya akan disahkan pada bulan Jun 2018 kelak.

 



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DkJwLV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.